Ahli Parlimen Bebas Kulim-Bandar Bharu Zulkifli Noordin mendakwa sudah ada perancangan sulit untuk menukar barisan kepimpinan PAS pada pemilihan Jun ini menerusi usaha dikenali sebagai “Ops Gerhana”.
Katanya, kepimpinan golongan ulama yang bertapak sejak lebih tiga dekad lalu hendak ditukar dengan “Kaum Si-Tanggang” – calon-calon yang kononnya dikatakan lebih bersifat moden dan profesional.
Zulkifli (gambar) mengeluarkan pandangan ini ketika terdedah laporan bahawa pemimpin-pemimpin PAS mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 24 Disember lalu.
Pertemuan itu turut dilaporkan dihadiri Yang di-Pertuan Agong di Istana Terengganu di sini.
“Apa yang lebih memeranjatkan teman ialah sudah adanya satu perancangan sulit dibuat untuk menukar saf kepimpinan PAS yang dikuasai oleh para ulama sekarang kepada golongan yang dikenali sebagai “Kaum Si-Tanggang” pada Muktamar Agung PAS Jun 2011 nanti.
“Teman mendapat maklumat satu gerak saraf dan kempen halus sedang dijalankan untuk meletakkan calon-calon yang kononnya dikatakan lebih bersifat moden dan profesional menggantikan kepimpinan “serban jubah” yang kelihatan kolot dan kekampungan; yang jelas bagi para Pak Tanggang ini akan memalukan untuk dibawa bermahkota di Putrajaya nanti,” katanya.
Pemilihan dua tahun sekali PAS dikatakan tidak akan ditangguhkan walaupun ada cakap-cakap bahawa pilihan raya umum ke-13 diadakan tahun ini.
Juragan : Selepas cuba memecah belahkan PKR...Kini Si Budak Jahat mengarahkan pula senjatanya kepada Pas...InsyaAllah ahli Pas telah ditarbiyyah dengan adab berjemaah...Hampehhh la lu...
Dia bukan budak jahat. Dia anak iblis.
BalasPadam