Ahad, 30 Januari 2011

Fitnahhh Pas...Wanita Umno Buat Laporan Polis..??

Pas kini sudah kehilangan punca dalam pilihan raya kecil DUN Tenang, apabila melakukan serangan peribadi terhadap calon dengan mengedarkan pelbagai risalah berbaur fitnah dalam usaha menagih undi daripada pengundi Tenang.

Ketua Wanita UMNO Labis, Haslinda Salleh menyifatkan apa yang dilakukan oleh Pas membuktikan parti itu dalam keadaan tertekan dan sanggup melakukan apa sahaja termasuk perkara tidak beretika dan bertanggungjawab seperti mengedarkan risalah fitnah terhadap calon Barisan Nasional (BN) Mohd Azahar Ibrahim.

“Pas kini sudah lari dari perjuangan mereka yang kononnya parti itu sebagai sebuah parti berlandaskan Islam, mereka kini mula membuat pelbagai fitnah dan tohmahan bukan sahaja terhadap BN, malah turut dilakukan kepada `Tok Ai’ (Mohd Azhar).

“Hanya tempat tertentu sahaja risalah itu diedarkan, kawasan bukan Melayu terutama di kawasan perumahan sekitar Labis yang kebanyakkan penduduknya kaum Cina, mereka sudah kehilangan sokongan di kawasan Melayu dan berharap kepada kaum Cina akan memberi undi kepada mereka,” katanya kepada UMNO-Online.

Beliau berkata demikian selepas membuat laporan polis berhubung penyebaran risalah berunsur fitnah terhadap calon BN oleh petugas parti pembangkang di kawasan perumahan sekitar Labis dalam usaha memburu-burukan BN dan calon.

Haslinda berkata, perkara itu adalah seperti yang dijangka, Pas dan rakan seperjuangan dalam pakatan pembangkang akan melakukan apa sahaja di saat akhir kempen dalam usaha mereka untuk mengekang sokongan pengundi kepada BN pada hari pengundian nanti.

“Pas kini sudah terdesak, walaupun pada peringkat awal mereka hanya berhasarat untuk mengurangkan sokongan terhadap BN, kini mereka berada dalam keadaan yang begitu terdesak apabila menyedari mereka kini sudah kehilangan sokongan daripada pengundi Melayu terutamanya di kawasan Felda.

“Sejak dari penamaan calon, banyak fitnah dan pembohongan dibuat pembangkang sama ada melalui risalah, banner atau cermah dengan memburuk-buruk calon. Mereka juga buat fitnah, katakan saya dan Wanita UMNO tidak menyokong Tok Ai, bila saya nafikan, mereka guna cara lain pula,” katanya.

Haslinda menyeru pengundi di DUN Tenang tidak terpedaya dengan pelbagai cara atau helah yang dilakukan oleh Pas dan pembangkang yang lain terutama di saat-saat akhir menjelang hari pengundian 30 Januari nanti.


juragan : jangan main kotor la minah oii...lu punya puak-puak
yang
bikin,at last lu orang buat pusingan U untuk fitnah Pas..
kita orang
dah masak dengan lu punya strategi haram
nii apabila dah terdesak..hampehh



Tiada ulasan:

Catat Ulasan