Pemimpin UMNO diingatkan agar tidak memburukkan sesama sendiri sebagaimana pemimpin Pas yang tidak menghentam sesama pemimpin dalam satu parti.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said me-ngingatkan pemimpin UMNO agar tidak memburukkan sesama sendiri sebagaimana pemimpin Pas yang tidak menghentam sesama pemimpin dalam satu parti.
Beliau berkata, jika masih terdapat pemimpin UMNO yang bersikap sedemi-kian ia akan membuka peluang kepada Pas mencari kelemahan kepimpinan UMNO seterusnya dijadikan sebagai alat untuk meraih sokongan rakyat.
“Saya minta setiap pemimpin UMNO di negeri ini janganlah memburukkan pemimpin lain yang dalam satu parti kerana musuh kita bukanlah orang yang sama parti dengan kita.
“Sebaliknya musuh kita adalah pihak yang cuba menjatuhkan kita termasuk Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP,” katanya ketika berucap merasmikan Majlis Mesra Veteran Bersama Pemimpin Jasamu Dikenang yang diadakan di Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), di sini, semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan