Jumaat, 28 Januari 2011

Kantoii...Calon BN "Subuh Gajah" setiap pagi...???

"Sebagai isteri, sudah tentu peranan saya terus memberikan dorongan dan kata-kata semangat kepada suami untuk memastikan beliau bekerja kuat mendapatkan sokongan," kata Tuty Roshizana Tumin.

Isteri calon Barisan Nasional (BN), Mohd Azahar Ibrahim itu, berkata beliau yakin sokongan itu menjadi azimat dan perangsang kepada suami supaya tidak patah semangat walaupun diasak serangan dan tuduhan pembangkang.Beliau mengakui jadual hariannya turut berubah sejak Mohd Azahar dinamakan sebagai calon BN, tetapi tidak menganggapnya beban.

Setiap hari bangun jam 6.30 pagi untuk solat Subuh dan menyediakan sarapan kepada suami sebelum mengikuti semua program kempen yang sudah diatur. Paling ketara, saya sekarang berjumpa ramai orang dari segenap lapisan masyarakat dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang. Dulu selalu juga berjumpa rakyat, tetapi tidak seramai seperti sekarang,” katanya.

Juragan : Wa nak kasi tahu lu orang..Ustaz kata subuh gajah bermaksud menunaikan solat subuh penghujung waktu,dah nak siang bro..berbanding dgn Ckg Mala yang setiap pagi menjadi kebiasaan bangun jam 5.00 pagi..fuhhh..lu orang sendiri pikirrr...




7 ulasan:

  1. sembahyang subuh disunyi sepi
    burung beradu didalam sarang
    tok ai menabur perasaan benci
    terpandang mala bertambah sayang
    sembahyang subuh berserta istri
    burung terbang turun kesawah
    tok ai berkempen menabur janji
    simanis mala mewujudkan ukhuwwah.

    BalasPadam
  2. Tu bangun masa hari2 kempen pilihanraya.. kalau tak kempen agaknya bangun 7:30 pagi.. time matahari dah menjelma.. fajar fatarmogana dah hilang.. mandi wajib, gosok gigi, melepas.. tahu2 dah kul 8:30, baru nak bentang sejadah.. emm.. kalau dalam jemaah Islam, perangai camni mmg kena pulaukan.

    Sama2lah kita beringat ye.. tak kira UMNo, tak kira PAS

    BalasPadam
  3. apa la itu pun nak jadi isu...pengundi tak peduli calon tu sembayang subuh awal atau lewat. cari lah modal lain yg betul-betul memberi kesan pada pengundi. jangan buang masa melayan isu remeh macamni.

    BalasPadam
  4. “Setiap hari bangun jam 6.30 pagi untuk solat Subuh dan menyediakan sarapan kepada suami sebelum mengikuti semua program kempen yang sudah diatur."
    Kalau ikut statement di atas,isteri Azhar yang bangun jam 6.30 pagi.Mungkin lepas siap sediakan sarapan pagi baru dia kejutkan suami untuk bangun.Entah-entah dah jam 7 lebih dah.

    BalasPadam
  5. kalau lu kata bab solat ni remeh temeh,sah la lu spesis Umno..dan lebih baik lu makan BABIIII..

    BalasPadam
  6. Apabila mati anak adam itu,yg pertama disoal dalam kubur ialah bab solat...

    Jadi boleh ke kita jawab dengan malaikat itu,ini bab remeh temeh..??

    Malaikat akan kata pintu neraka menunggu luu..silakan..jangan jadi "Jahil Murakab" braderr

    BalasPadam