Sabtu, 29 Januari 2011

Kecohh...Bapa Cuba Tumbuk Untuk Lepaskan Geram..


Suasana di pekarangan Pejabat Daerah Kota Samarahan di sini kecoh seketika semalam, apabila bapa pelajar berusia 15 tahun yang dibunuh kejam dan ditanam dalam kejadian di Kampung Sadong Jaya, Asajaya baru-baru ini, tidak dapat mengawal perasaan.

Dia meluru ke arah tertuduh, sebelum cuba menghayunkan tangannya ke arah lelaki itu. Bapa mangsa yang pada mulanya cuba mengawal diri ketika tertuduh di bawa ke mahkamah pada kira-kira jam 9.30 pagi tidak dapat menahan sebak dan cuba menumbuk tertuduh dengan tangannya sebaik tertuduh dibawa keluar pada kira-kira jam 10.15 pagi, selepas kesnya disebut di Mahkamah Majistret di bangunan berkenaan.

Namun, tiga anggota polis yang mengawal tertuduh, berjaya mengawal keadaan, sekali gus mengelak tertuduh daripada dipukul, sebelum membawa tertuduh menaiki sebuah van menuju ke lokap Ibu Pejabat Polis (IPD) Daerah Samarahan.

Bapa mangsa, Abdul Rahim Hassan, 42, yang hadir bersama kira-kira 20 ahli keluarga mangsa turut memarahi tertuduh, termasuk menuduh perbuatannya itu sebagai amat kejam dan memalukan.

Tertuduh yang memakai baju lokap berwarna ungu, kelihatan hanya tertunduk. Bapa mangsa dan beberapa ahli keluarganya juga tidak dapat menahan sebak, sehingga ada yang mengeluarkan air mata.

Tertuduh, Abang Ibrahim Abang Ahmad, 19, didakwa membunuh Taufik Abdul Rahim juga pelajar Tingkatan Tiga Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Semera antara jam 1 tengah hari 15 Januari hingga kira-kira jam 7.30 pagi, 17 Januari lalu.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu berhampiran sebuah rumah tidak bernombor di Kampung Sadong Jaya, Asajaya dalam Daerah Kota Samarahan.

Pendakwaan dibuat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa kepada hukuman mati mandatori oleh Timbalan Pendakwa Raya, Poh Yin Tinn.


Juragan : Moga-moga Allah membalas segala perbuatan jahatnya....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan