Sabtu, 15 Januari 2011

Kenyataan Bekas KM - Kerajaan Selangor Berniat Jahat.??

Cadangan kerajaan negeri Selangor untuk meminda Undang-undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959 bukan sahaja sia-sia tetapi berniat jahat untuk memecahbelahkan orang Melayu di Selangor, kata Pengerusi Gagasan Badan Ekonomi Melayu (GABEM) Tan Sri Rahim Tamby Chik.

Bekas Ketua Menteri Melaka berkata cadangan pindaan itu "ultra vires" dengan Perlembagaan Persekutuan kerana apa-apa pindaan di peringkat kerajaan negeri termasuk Selangor hendaklah selari dengan perlembagaan negara.

Orang Melayu janganlah terperangkap kerana parti pakatan mahukan orang Melayu dan UMNO menyokong cadangan pindaan undang-undang kerana sistem sedia ada cukup untuk mempertahankan kedudukan Raja-Raja Melayu, katanya semasa berucap pada Program Memperkasa Model Baru Ekonomi (MBE) anjuran GABEM, Umno Bahagian Kota Raja dan Pusat Komuniti Andalas di Bukit Kemuning di sini, Sabtu.

Abdul Rahim berkata pihak yang akan menjadi mangsa kemelut pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mohd Khusrin Munawi baru-baru ini adalah rakyat.

"Bagaimana satu-satu projek untuk rakyat dapat dilaksanakan sekiranya penandatangan yang penting seperti Setiausaha Kerajaan Negeri diketepikan dan tidak diberikan peluang untuk mengambil bahagian di dalam proses membuat keputusan kerajaan?" katanya.

Dewan Undangan Negeri Selangor dijadual bersidang pada 24 Jan untuk meminda Seksyen 52 undang-undang kerajaan negeri bagi mengembalikan kuasa Sultan dan Menteri Besar dalam pelantikan Setiausaha Kerajaan Negeri, Pegawai Kewangan dan Penasihat Undang-undang yang kini di bawah bidang kuasa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam.

2 ulasan:

  1. awak sendiri pun seorang perogol, tak segan silu nak komen, oi tamby chik, butuh lu punya pak le nak kata orang berniat jahat, lu lagi jahat le anjing

    BalasPadam