Isnin, 31 Januari 2011

Mesir Sekat Suara Rakyat Keluar...

Stesen televisyen Al Jazeera mengutuk sekeras-kerasnya tindakan kerajaan menutup operasi rangkaian berita itu di Mesir dan menganggap keputusan itu sengaja dibuat untuk menapis serta menyekat suara rakyat.

Dalam kenyataan semalam, rangkaian berita berpangkalan di Qatar itu berkata, tindakan kerajaan Mesir itu bertujuan menyekat kebebasan media daripada melaporkan perkembangan semasa di negara berkenaan.

Terdahulu, Kementerian Penerangan mengeluarkan arahan supaya semua aktiviti Al Jazeera di negara itu dihentikan, manakala lesennya dibatalkan.

Semua kad perakuan media dikeluarkan kerajaan kepada kakitangan Al Jazeera turut ditarik balik. - AN

Tiada ulasan:

Catat Ulasan