Rabu, 5 Januari 2011

Minyak Masak...Semakin Kritikal...

Masalah kekurangan bekalan minyak masak yang dilaporkan di beberapa negeri kini merebak ke daerah Manjung dan Perak Tengah menyebabkan ada peniaga makan terpaksa menutup kedai mereka.

Aminah Osman yang menutup kedainya di Seri Iskandar, Bota, dekat sini berkata, "Sebagai kedai menjual pelbagai makanan, saya memerlukan sekurang-kurangnya lima kilogram minyak masak setiap hari.

"Bagaimanapun semua kedai runcit di sekitar Seri Iskandar telah kehabisan bekalan sebelum saya terpaksa ke Sitiawan dan Seri Manjung untuk mencari bekalan tetapi turut hampa," katanya kepada Bernama.

Aminah berkata, usaha mendapat bekalan minyak masak di beberapa pasar raya dan kedai runcit juga gagal. Sementara itu, tinjauan di beberapa buah pasar raya di sekitar Sitiawan dan Seri Manjung mendapati rak-rak menempatkan minyak masak kosong.

Beberapa pelanggan yang ditemui merungut kerana beberapa kedai dan pasar raya ketiadaan bekalan bahan itu. Seorang peniaga restoran, Ahmad Abdullah, 56, berkata beliau mungkin terpaksa menutup restoran jika masih gagal mendapat bekalan minyak masak dalam masa sehari dua ini.

Sementara itu, Ketua Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Cawangan Manjung, Megat Zulkifli Megat Abd Halim berkata berdasarkan rekod bekalan, masalah itu sepatutnya tidak berlaku.

3 ulasan:

  1. bukan setakat Manjung dan Perak Tengah je,,,ni ha kat selangor pn dh jenuh pusing 1 pekan xde...tp aku rs sebenarnya ada..sbb aku p byk kedai mula2 depa kata takdak...try cari last kedai mula2 dia kata xde...pstu aku terpikir dia sorok kot...aku try la provoke merayu..ropenye mmg ada...dia smpan bwh meja kaunter...tp dpt 1 kilo je la...mmg dia sorok la weeii...tp aku xtau kenapa depa ni pakat2 sorok minyakni...peningg

    BalasPadam
  2. gua rasa diorg dpt tau minyak masak skrg dah ramai yg buat minyak petrol ganti ron 97...x lama lg rosmah pun nak sorok sanggul dia takut kena jual dek peniaga sarang burung layang2...

    BalasPadam
  3. Hairan Bin Ajaib daaaaaa....

    Kat Malaysia nie pandang kanan pandang kiri boleh nampak pokok sawit, nak menggambarkan punya banyak dan luas kebun sawit kat Malaysia nie. Tapi minyak masak dari kelapa sawit tu tak nampak-nampak.

    Aduh, dah la miyak petrol dari tanah sendiri pun mahal nie minyak masak pun nak buat hal jugak ke?

    Nasib kita la dapat KERAJAAN YANG BANGANG MACAM NIE!

    -wakleman

    BalasPadam