Ahad, 23 Januari 2011

Fuhh...Mungkinkah Syaitan "Mengunci" Mulut Ulamak Umno Di Tenang..??

Isu tidak "bersalaman" dengan kaum lelaki yang bukan mahram menjadi isu besar dalam kempen panas Umno dan BN di Tenang untuk memperlekehkan calon Pas,Cikgu Normala.

Mengapakah Umno yang selama ini mengaku lebih islamik daripada Pas tidak mampu menunjukkan teladan dan akhlak islam seperti yang dituntut oleh Al Quran dan Hadis kepada kaum cina iaitu MCA dan Gerakan yang selama ini menjadi kawan tidur sebantal hampir 53 tahun lamanya.

Mana mungkin.. kaum cina dalam BN mampu memahami akhlak dan adab dalam islam kalau pimpinan Haprak Umno sering kali menghalalkan perkara yang di haramkan Allah.Kita sering dihidangkan dengan akhlak buruk pimpinan wanita Umno Haprak ini apabila melanggar perintah Allah dengan mudah bersalaman dan tidak menutup aurat dengan lelaki bukan mahram sesuka hati mereka,seolah-olah menempah tiket ke neraka Allah.

Sudah pasti kaum cina melihat bahawa pimpinan Umno ini sama sahaja dengan mereka,inilah nasib malang Islam di Malaysia apabila Umno Haprak berkuasa.

Mana pula perginya suara-suara alim ulamak Umno??Mengapa diam??seperti telah dikunci oleh syaitan mulut dan lidah mereka.Bangun dan nyatakan kebenaran,apakah hukumnya wanita islam bersalaman dengan lelaki bukan mahram??Oleh kerana perkara ini berlaku di Johor,maka Mufti Johor perlu segera menyatakan kebenaran hukum Allah ini.

Sekiranya kalian lambat bertindak kerana memikirkan perut dan bawah perut..maka semakin hebatlah kaum bukan islam mempermainkan hukum Allah ini,dan Ingattt!!!...kalian akan dipertanggungjawabkan di Yaumul Masyar kelak!!


Juragan : Hancurrrr Umnoooo...Akan Mulialah Islammm..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan