Sabtu, 22 Januari 2011

Peluang Cerahh..Umno kini "Kecoh" dan Berpecah Di Tenang..??

Berasap la Umno di Tenang..itulah suara-sura misteri yang kedengaran semasa penamaah calon pagi tadi,menurut sahabat wa yang berada sejak semalam di Tenang,ramai dikalangan wanita umno yang dilihat akan mem"Boikot" PRK kali ini.

Cerita ketidakpuasan hati ramai dikalangan orang ahli Umno semakin panas dan suhunya semakin meningkat untuk tidak mengambil peranan dalam PRK kali ini.Semua ini adalah gara-gara 3 calon yang dianggap berpotensi dan penggerak parti tidak dilayan dan terpilih.Terutamanya Ketua Wanita yang telah memasang cita-cita menjadi calon iaitu Puan Haslinda.Malah petikan kata-kata beliau di bawah ini mencerminkan kekecewaan yang amat sangat...

"Kita hadir pada pagi ini, jika ditanya tahap sokongan, cukuplah saya katakan bahwa saya hanya memberi sokongan 30 peratus sahaja kepada dia(Tok Ai). Kenapa saya berkata begitu kerana saya tahu pilihan calon yang dilakukan oleh pimpinan BN adalah satu kesilapan, salah pilih maksud saya, dan sudah tentu saya (rasa) tidak berpuas hati."katanya.

"Saya sudah faham dengan politik, sebab saya mula daripada bawah, saya tahu sepak terajang politik (dan) situasi politik, tetapi akhirnya saya dipinggirkan oleh pucuk pimpinan parti, itu perkara biasa di dalam parti Umno," katanya kesal.


“Saya berkata (kepada penyokong) kalau begitu (keadaannya), apa salahnya kita beri peluang untuk Cikgu Normala sebagai protes senyap kita kepada parti. Saya ajak penyokong, agar memberi undi buat Cikgu Normala," katanya lagi.

Sumber Kata-kata Haslinda Drp : AlBanjari Online


2 ulasan:

  1. Usah percayalah situasi begini. Ingat Kuala Selangor? mereka akhirnya undi juga mic. sebelum itu berapi-rapi marah. sumbat fulus, senyap. itu trend pemimpin umno. teruskan perjuangan, tanpa peduli keretakan di pihak mereka.... cikgu mala ialah ikon guru-guru yg cerdik.

    BalasPadam
  2. Biasa laa.. pendirian dalam BN ni semua bersebab, tak dapat mereka protes, bila disuap RM mereka senyap semula.. toksah percaya sangat.. mgkin jg satu perang saikology..
    yg penting kempen mesti diteruskan

    BalasPadam