Ahad, 16 Januari 2011

Tengok Nii..RM 100 Ribu Untuk Rosmah dan Rombongan Sewa Hotel Sehari??


Di kala Perdana Menteri Malaysia Najib Tun Razak menyarankan kepada rakyat agar mengubah cara hidup bagi mengurangkan kesan terhadap kenaikkan harga barangan, isteri kesayangan Perdana Menteri, Datin Rosmah Mansor bermewah - mewahan bagai isteri jutawan minyak dari Arab Saudi, mengamalkan gaya hidup mengalahkan selebriti Amerika apabila memilih untuk bermalam bersama rombongannya di sebuah hotel terkemuka di Dubai dengan kadar sewa berjumlah RM 100, 000 bagi satu hari menginap.

Beginikah seorang pemimpin yang benar-benar mahu memperjuangkan nasib rakyat? Bila kehendak rakyat diminta untuk diperjuangkan, alasan Najib "Negara akan bankrap". Bila Najib ingin menamatkan subsidi petrol untuk rakyat, alasan yang sama juga digunakan "Sekiranya subsidi untuk rakyat diteruskan, negara akan bangkrap pada tahun 2019".

Mintak turun harga minyak, "Tak boleh nanti negara bangkrap", PKR ingin beri kenaikan gaji guru Rm 500 sebulan "PR beri idea yang tak realistik, kalau buat begitu negara akan bangkrap", Pakatan Rakyat ingin beri air percuma kepada rakyat "PR tak pandai ekonomi, kalau bagi air percuma nanti Selangor akan bangkrap". Bila isu dibangkitkan untuk memperjuangkan nasib rakyat, alasan Najib untuk menolak pastinya "Negara akan bangkrap".

Rakyat disuruh oleh Najib untuk mengubah gaya hidup, jaga perbelanjaan keluarga, isteri, anak dan kurangkan pembaziran kerana harga barang semakin meningkat. Rakyat bawahan disuruh kurangkan pembaziran, disuruh ikat perut, disuruh tahan lapar, kurangkan gula, kurangkan kolesterol, kurangkan penggunaan telefon kerana semuanya naik harga. Tapi isteri sendiri menghabiskan RM 100, 000 satu malam sekadar untuk menyewa hotel paling mahal di dunia.

Perbelanjaan Najib menggunakan wang negara di luar negara sepanjang tempoh 19 bulan atau 588 hari menjadi Perdana Menteri juga kini sudah mencecah RM8,724,894.91 bermakna RM31,840.50 sehari [Utusan]. Lihatlah, dalam masa sehari sahaja Najib menghabiskan wang negara lebih banyak daripada duit gaji rasminya selama sebulan iaitu sebanyak RM 22826.65 [Utusan]...Sumber blog milosuam


Tiada ulasan:

Catat Ulasan