Sabtu, 1 Januari 2011

Umno Mengelabah...Kesatuan Guru Sokong PR..

Presiden Kesatuan Guru-guru Melayu Malaysia Barat (KGMMB) Mohammad Sabri Arshad menyambut baik tawaran RM500 sebagai imbuhan kepada guru-guru pada setiap bulan sekiranya PR menjadi kerajaan sebagai salah satu drp dasar 100 hari setelah memerintah.

KGMMB tidak mempunyai halangan untuk menerima tawaran sebaik itu daripada mana-mana kerajaan yang memerintah,asalkan kerajaan tersebut mengutama dan menjaga kebajikan para guru di negara ini.

"Oleh sebab itu KGMMB amat mengalu-alukan tawaran itu kerana sebagaimana kita sedia maklum guru-guru sudah lama tertekan dengan beban tugas dan mereka sering membuat rayuan kepada kerajaan tetapi malangnya sampai kini belum lagi berhasil,"katanya.

Sehubungan itu katanya,sekiranya ada tawaran daripada mana-mana perti yang memerintah samada PR atau BN yang mahu menjaga kebajikan guru-guru KGMMB menyokong dan mengalu-alukan.

3 ulasan:

  1. guru2 pun rakyat marhaen juga,.,.perlu di ambil perhatian,..,syabas guru2 malaysia,.,.

    BalasPadam
  2. Sudah tiba masanya guru menjadi cerdik. Luaskan pandangan dan akal... guru ialah golongan yang terendah gajinya dalam kalangan penjawat awam yg setara...buat kajian. Mana suara KPPK?

    BalasPadam
  3. kesian guru nak sokong salah tak sokong pun salah,baik ikut rakyat marhaen politik dah dibenarkan oleh mat sembab,cuma gaji belum naik kesian pejawat awam sudah goyang kaki,contoh gaji pokok jururawat u29 sama dgn dg41 rezeki sorg nak buat cammane,baik cungkil mat sembab naik gaji sebelum tersungkur pru13 nanti kemponan...

    BalasPadam