Rabu, 23 Februari 2011

Ayooo...Chua Jui Meng Minta Maaf Dengan PAS..??

Naib Presiden PKR Datuk Chua Jui Meng mendedahkan ketika beliau berada dalam MCA telah berkali-kali menakut-nakutkan orang Cina supaya jangan menyokong PAS.

Katanya, antara lain beliau mengatakan jika PAS memerintah orang Cina akan dipotong ‘anu’ dan tidak boleh lagi makan ‘kerbau pendek’.

Bagaimanapun, bekas Menteri Kesihatan itu yang berceramah di Tapak Kompleks PAS Pahang di Kerdau kelmarin, mengaku kini beliau bertaubat dan tidak mahu lagi mengulangi penipuan yang sama.

“Saya masa dalam MCA berkempen memberitahu orang Cina jangan sokong PAS, sebab PAS nak bina negara Islam. Kalau negara Islam nanti anu orang Cina kena potong, tak boleh makan kerbau pendek.

“Itulah penipuan kami kepada orang Cina dan saya percaya ia berlanjutan hingga sekarang. Tapi hari ni saya nak minta maaf... saya taubat,” katanya sambil disambut dengan sorakan lebih 12,000 orang yang hadir.

Tambah bekas Naib Presiden MCA itu, beliau mendapati orang Cina pada masa ini tidak boleh ditipu atau tidak ditakut-takutkan lagi kepada PAS dan ini dibuktikan dengan sokongan majoriti entiti tersebut kepada PAS sejak pilihan raya umum (PRU) 2008 yang lalu.

4 ulasan:

  1. Klu dia (Chua Jui Meng) x cakap pon,kita smuer tahu,

    Itu lah cara dan kempen penipuan BN kepada rakyat.

    Cuma yg.pelik nya, orang FELDA dan bekas bekas tentera yg.dapat Gerai berniaga di Melaka saja yg.masih terpengaaruh,dan percaya,jika PAS memerintah org.Cina akan di potong Anu nya dan setiap pencuri akan di Potong Tangan nya.

    Kerana itu mereka sangat memusuhi TGNA serta lain lain kepimpinan PAS.

    BalasPadam
  2. Apa nak takut,ramai orang bukan islam dah potong anu..."main" manyak silap wooo...

    BalasPadam
  3. anwar ibrahim bila nak mintak maaf?

    BalasPadam
  4. Salam Yob, diharap apa Dr Chua kata ni ikhlas...

    BalasPadam