Sabtu, 19 Februari 2011

Fuhh...Inilah Kenyataan "Busuk" Perut Pemimpin Umno..

PAS menyifatkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai buta sejarah apabila mengeluarkan kebimbangan bahawa parti Islam itu akan memecahbelahkan masyarakat Islam jika ia memasuki Sarawak.

Ketua Penerangan PAS pusat, Idris Ahmad berkata, Umno sering menuduh PAS menyebabkan perpecahan Melayu dan Islam sedangkan dari sudut sejarah, Umno sendiri ditubuhkan ketika sudah ada parti Melayu pertama, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada 1945.

“Memang (Muhyiddin) buta sejarah. Kalau tengok sejarah dahulu kenapa tubuhkan Umno ketika sudah ada Parti Kebangsaan Melayu Malaya? Bukankah ini juga boleh menimbulkan perpecahan?” kata beliau dipetik Harakahdaily hari ini.

Sehubungan itu ujarnya, kebimbangan Muhyiddin itu tidak berasas sama sekali sebaliknya PAS sudah banyak memberikan kefahaman kepada orang bukan Islam mengenai agama itu.

“Dalam Pakatan Rakyat, PAS sudah banyak menerangkan ajaran Islam kepada bukan Islam berbanding Umno yang gagal menjelaskan hukum halal haram kepada rakan komponen dalam BN,” kata beliau.

Dalam satu ucapan di Sarawak semalam, Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno berkata, beliau bimbang PAS akan memecahbelahkan masyarakat Islam jika ia memasuki negeri Sarawak.

Muhyiddin berkata rakyat Sarawak khasnya masyarakat Islam agar tidak mudah menerima dasar politik PAS yang berangan-angan untuk meluaskan kuasa.

“Saya takut kalau PAS masuk Sarawak ia akan memecah belah masyarakat Islam di sini. Di Kelantan 20 tahun PAS memerintah, kadar kemiskinan merupakan paling teruk,” katanya.


Juragan : Jadilah Pemimpin yang Gentleman braderr..
Politik "Fitnah" sangat menjijikkan,hanya manusia "Busuk" perut
sahaja yang berperangai macam nii..Hampehhhh Umno..



8 ulasan:

  1. Way ta go Ustaz Dude! Time ta b on da offensive! But u migth wanna have facts at finger tips in order to whack them homey, ya dig? :D

    BalasPadam
  2. Yang aku tahu, Pas adalah parti yang diasaskan untuk menjaga umat Islam di Malaysia. Oleh kerana ia berasaskan ugama, maka pemimpin pemimpinnya boleh dipercayaai. Mereka taat kepada prinsip ugama Islam dan takut nak terlibat dalam dosa, seperti rasuah dan sebagainya. Tetapi pemimpin Umno yang tahu saya kebanyakan mereka terlibat dalam rasuah yang bernilai berjuta juta. Mereka tak segan dan takut kepada tuhan. Mereka hanya nak duduk mewah tanpa mempeduli nasib rakyat.

    BalasPadam
  3. Mahathir dulu-dulu lagi cakap Umno "Busuk sampai ke usus"..tuihkkk

    BalasPadam
  4. win win malaysians19 Februari 2011 10:46 PTG

    Apapun kata2 mat sembab tu hanya sebagai warning pada mereka yg nak masuk PAS disarawak,waa caya jika PAS menapakkan parti ni disarawak waa pasti Rejim taib parti PBB akan cuak..seakan mcm umno dipusat,peminat2 org islam disarawak tidak kurang banyak nya....

    BalasPadam
  5. Pengundi Saluran 120 Februari 2011 7:03 PG

    Pemimpin Kata Malaysia Hendak Menuju Kearah Negara Maju,Menjelang 2020 (9Thn Lagi).
    Aku Langsung Tak Nampak Sorangpun Pemimpin Yang BerFikiran Seperti Rakyat di Negara Maju,Kalau Korang Nak Kekalkan Pemimpin2 Ni,Jangan Berangan Nak Jadi Negara Maju. Aku Kalau DIBERI Kesempatan Menghirup Udara 1/1/2020,Nak Tengok APAKAH ISI Kandungan dalam KAPSUL RAHSIA Yg Ditanam olih Tun Mahathir di Menara K/Lumpur.
    Kesian Muhyidin,Sempatkah Dia Jadi PM???
    Najib Dah Lengkapkan Kalimah RAHMAN.

    BalasPadam
  6. Masa tu Muhyiddin hanya jadi Tok Mudim...kuah3

    BalasPadam
  7. Eleh pedulikkan si maidin ya,krg pun da ada ramai org pas kat swak,cuma tak daftar g,kamik pun dah boring n nyampah ngn BN DAN SEKUTUNYA org tua tuk ubn ya,sik mauk2 juak,turun tAKHTA,kojol kat kerusi ya mengkali mcm Ben ALI KAT SINUN KUT.Sik mati ka kamik? harga barang naik,naik naik n naik,sik turun2,harakah kat semenanjung rm 2,di MIRI.rm 2.70.ya gik ok,siasah ke ,suara keadilan ke.mauknya sampe rm 3/4 Lebih.caya kitak ,majalah kat semennjung di jual rm 3.50,situk dijual sampe rm 8 ka rm 10? .ya lum gik brg2 lain ,makanan tak yah ckp le mahalnye parai kamik situk koh !,silakan PAS DTG SARAWAK,KECIK TAPAK TANGAN,PADANG BELON MIRI KAMIK TADAHKAN!TP JgN NAIK AIR ASIA,dgr cita bik mama ada share kat kompeni belon ya,naik jak kapal lain ,sik pun naik jak perahu layar.

    BalasPadam
  8. ..masalah umat Islam banyak yang tak dapat selesai...di sekolah ramai yang nama Islam tapi dah tak ikut Islam..Ustaz pun pening kepala tengok pelajar yang murtad ini..kalau ada PAS dapat selesai masalah ni Alhamdulillah..

    BalasPadam