Ahad, 20 Februari 2011

Fuh..Kenyataan Macam "Orang Hilang Akal"...

Ketua Penerangan PKR negeri, Ibrahim Yusof menyifatkan kenyataan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Ismail Sabri yang mencabar kerajaan Pakatan Rakyat (PR) menurunkan harga barang sebagai kenyataan bersifat kebudak-budakan.

Malah katanya, Ismail yang juga menteri menerajui kementerian tidak patut mengeluarkan kenyataan yang memalukan itu.

“Kenyataannya menggambarkan beliau kurang bijak apabila bercakap sesuatu yang tidak boleh diterima akal.

“Tidak mungkin kerajaan PR boleh menurunkan harga barang kerana bidang kuasa itu tertakluk di bawah Kerajaan Pusat,” katanya kepada pemberita, semalam.

Kelmarin, Ismail mencabar kerajaan PR untuk melaksanakan janji menurunkan harga barang di negeri jajahan masing-masing.

Cabaran itu berikutan kerajaan PR sebelum ini sering menjanjikan harga barang akan turun sekiranya parti pembangkang menang pada pilihan raya.


Juragan : Bukan mcm budak-budak..Tapi mcm Menteri "No School"..Hampehh




2 ulasan:

  1. sekian lama mangkok ni jadi ketua penerangan PKR n9 baru ni nak bersuara,,,, dah dekat dekat PRU baru nak bersuara,,,,,,,,,,,

    BalasPadam
  2. apa kata bn bagi pr perintah malaysia,boleh tengok harga barang selaras atau turub.

    ,siapalah yang bangang pilih menteri macam ini.

    BalasPadam