"Saya diberitahu oleh pegawai saya bahawa mereka telah terima surat kelulusan semalam," katanya kepada mStar Online.
Zaid berkata bagaimanapun beliau belum berkesempatan melihat sendiri surat tersebut.
Katanya, kelulusan itu melibatkan beberapa perkara dan perlembagaan termasuklah penukaran nama “Kita” yang sebelum ini didaftar sebagai Angkatan Keadilan Islam Malaysia (Akim).
Menurut Zaid, kelulusan yang diperolehi itu akan membolehkan parti berkenaan bergerak seratus peratus sebagai sebuah entiti yang baru dan sah serta boleh merancang strategi untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
"Saya rasa lega...Selepas ini Kita akan tumpu ke kawasan-kawasan yang ingin kita tandingi.
"Parti Kita akan buat persiapan dari segi pemilihan calon-calon, dasar-dasar dan isu-isu yang nak diketengahkan kepada rakyat," katanya.
Menurut beliau, Kita akan bertindak sebagai parti yang melihat isu untuk kepentingan rakyat.
"Kalau Barisan Nasional (BN) betul pun kita sokong, kalau tak betul kita akan kritik. Tengoklah yang mana bagus untuk rakyat," ujarnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan