Ahad, 6 Februari 2011

Hancuss...Pengerusi PKR Sabah Nekad Sertai Umno..

Tindakan mengejutkan, Pajudin Nordin, Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sabah yang baru dilantik bulan lalu mengumumkan keluar parti itu dan menyertai Umno petang ini.

Beliau mengumumkan keputusan itu, yang dilihat satu lagi tamparan buat parti itu, ketika presidennya Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail membuat persediaan untuk berada di Kota Kinabalu esok bagi menyelesaikan kemelut kepimpinan Pajudin, yang ditentang oleh 18 cabang baru-baru ini.

Ketika mengumumkan pendirian itu, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman juga hadir sama.

“Saya kecewa dengan (Datuk Seri) Anwar (Ibrahim) dan Dr Wan Azizah kerana mereka hanya memperbodohkan kami, pemimpin-pemimpin PKR Sabah,” kata beliau pada sidang media yang diadakan di kediaman rasmi Musa, Sri Gaya di Kota Kinabalu sekitar 6.30 petang tadi.

“Saya sangat kecewa kerana selama ini Anwar berkata PKR berjuang untuk Sabah dan hak-hak rakyat Sabah, tetapi beliau cakap tak serupa bikin,” kata Pajudin lagi.

Kata beliau ramai lagi akan mengikut langkahnya selepas ini.

Hanya beliau seorang sahaja mengumumkan pendirian itu hari ini.

5 ulasan:

  1. biar dia keluar skrg dari memudharatkan parti dikemudian hari..
    Time neh memang la media arus perdana bg drumming up penuh citer depa neh..
    Lps tuh jd mcm dato'Zarin la senyap smpai skrg..

    BalasPadam
  2. bila nak dekat pilihanraya ramai pulak yang kecewa ngan Anwar dan hilang keyakinan...pelik lak aku

    BalasPadam
  3. TUlah bila pakai bateri 3AAA maka PKR jadi -Pakatan Kian Reputttttt....

    BalasPadam
  4. itu laa ayat kramatyg depa guna........
    tak puas hati laa......
    kecewa laa ngan anwar ngan kak wan........
    depa kena julap depa tak bagi tau pun....
    aloo mamat sabah !!!....berapa botoi julap hang dah mentekedarah......
    berapa dah masyukkkkkkk....
    bila PKR sabah menang nanti n ambik alih gomen......hangpa pecaya laa.......depa akan sekali lagi kecewa ngan puak sarkis sekarang ini.......
    cari makan maa.....
    jngn pakai trick lama.......dah basi dahhhhhhh....

    BalasPadam
  5. Sekarang da dekat pilihanraya di Sabah. Dijangka Julai ni selepas pemilihan UMNO bahagian Silam. Masa ni banyak tawaran lumayan

    http://Kembar seiras.blogspot.com

    BalasPadam