Khamis, 3 Februari 2011

Inilah Buktiii...Rakyat Malaysia "Ketagih" Judi..

Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman menegur rakyat Johor yang ghairah berjudi di Singapura sejak akhir-akhir ini.

Beliau berkata kerajaan negeri sudah maklum mengenai kelakuan ramai penduduk terutama di Johor Baru yang sering ke Singapura untuk berjudi.

“Pihak kasino (di Singapura) dilihat menyediakan pengangkutan bas pelancongan percuma sehingga ke bandar-bandar kecil seperti Kluang dan Pekan Nenas bagi mengumpan penduduk untuk datang berjudi di kasino negara itu,” katanya semasa berucap pada majlis sambutan Tahun Baru Cina di Wisma Persekutuan Tionghoa Johor Baru hari ini.

Beliau menasihati rakyat supaya tidak terjerat dengan tabiat berjudi yang boleh meruntuhkan ekonomi dan institusi keluarga.

Isu judi dibangkitkan oleh Presiden Persekutuan Tiong Hua Johor Baharu, Lim Ik Kim yang berucap sebelum Ghani di majlis tersebut.

Beliau menggesa kerajaan negeri supaya mengawal dan memantau penduduk Johor yang pergi ke Singapura untuk berjudi.

“Kami menganggap ini sebagai masalah sosial yang sangat serius kerana sejumlah besar yang terlibat meminjam wang dengan Ah Long untuk menjelaskan hutang judi mereka,” kata Lim.


Juragan : Apasal lu nak marah pulak...Umno dan Bn yang suburkan
tabiat berjudi di negara ini,lesen judi pun sapa yang keluarkan..?Pusat
judi yang terbesar di Asia Tenggara letaknya dimana..??


"Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya minum arak dan
judi dan pemujaan berhala dan menilik nasib adalah perbuatan keji
dari perbuatan Syaitan. Oleh itu hendaklah kamu menjauhinya
supaya kamu berjaya." (Al-Maaidah, 90-91)


4 ulasan:

  1. 1 Malaysia..Taukeh Judi di dahulukan!!

    BalasPadam
  2. Malunya Pemimpin UMNO Melayu Johor, Org Cina pulak yang nampak bendani, Noh Gadut tak nampak pun. TPM selalu ke Singapura tak nampakpun, betulke ni LIM.

    BalasPadam
  3. Org Melayu Johor Jugani.3 Februari 2011 pada 8:59 PTG

    Dato MB Johor, Buatle satu Kasino kat Johor baru kami tak ke Singapura, kami nak,kami nak,kami nak, bolehlah tambah Pendapatan Kerajaan Negeri melalui Cukai, kalau tak takmau pangkah BN,Johor Boleh!!!

    BalasPadam
  4. Akupun Melayu Johor Juga3 Februari 2011 pada 9:06 PTG

    UMNO Melayu Johor, siasat cepat si LIM ni,entah entah PAS johor dah bagi tarbiah dekat diani, pandai pula nak nasihat dekat Melayu UMNO Johor pasal judilak.

    BalasPadam