Selasa, 15 Februari 2011

Kantoii..Menteri Bersama Akhbar "Haram"..???

Umno -Barisan Nasional (BN) dicabar mengeluarkan akhbar dengan identiti tersendiri tanpa perlu meniru akhbar keluaran kerajaan negeri iaitu Selangor Kini.


Menurut ADUN Taman Medan, Haniza Talha, kewujudan 'Selangor Terkini' yang menggunakan logo kerajaan negeri merupakan usaha pihak tidak betanggungjawab dalam usaha mengelirukan rakyat Selangor.

Apa yang mengejutkan seorang menteri temubual kepada wartawan akhbar palsu tersebut. Beliau telah membiarkan dirinya digunakan oleh akhbar palsu tersebut, mengelirukan rakyat Selangor khususnya dan orang ramai amnya,katanya.

Hasil siasatan beberapa pihak, jelas menunjukkan isi kandungannya mengandungi fakta-fakta yang salah berkaitan kerajaan Selangor dan diedarkan ke rumah-rumah dan tempat awam. Akhbar 'Selangor Terkini' yang dikeluarkan oleh Umno BN tertera lambang 1Malaysia dan meniru reka bentuk akhbar Selangor Kini terbitan kerajaan negeri Selangor.

Ini merupakan tindakan tidak beretika, ditambah menteri membiarkan dirinya digunakan oleh akhbar yang haram ini. Saya tak hairan sekiranya ingin menerbitkan akhbar untuk mengutuk atau sebagainya, tapi mengapa menggunakan logo kerajaan negeri? Ini akan menimbulkan kekeliruan dan kekacauan,ujar beliau lagi.

Dua laporan polis telah dibuat oleh Pejabat Menteri Besar pada minggu lepas dan wakil PKR Cabang Petaling Jaya Selatan pada hari ini. Wanita PKR Selangor mengajak seluruh rakyat Selangor mengecam dan mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan kerana ia berniat jahat, menghasut rakyat dan cuba menimbulkan ketidaktenteraman dalam masyarakat awam.

Tindakan ini yang merupakan usaha terdesak Umno BN yang kian terjejas dalam usaha meraih kembali sokongan rakyat setelah Selangor ditadbir oleh Pakatan rakyat.


3 ulasan:

  1. PUAK MUNAFIKUN MEMANG PERANGAI MACAM TU... TAK BERANI BERDIRI DENGAN IDENTITI SENDIRI...

    BalasPadam
  2. Itulah kerja UMNO laknatullah sehingga hari kiamat

    BalasPadam
  3. APA MAU HELAN ?????

    Macam tu laaa Kalau dah ber ADIK BERADIK @ ber SAUDARA dg YAHUDI.....

    MAKA MEREKA pun jadi YAHUDI LAKNAT laa JUGAK....

    BalasPadam