Khamis, 17 Februari 2011

Kerajaan Lim Guan Eng Buat Umno "Ternganga"...??

Kerajaan negeri dan Majlis Agama Islam Pulau Pinang (MAIPP) akan memberi sumbangan RM2,000 kepada setiap pelajar dari negeri itu untuk kembali menyambungkan pelajaran mereka di Mesir.

Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mansor Othman berkata, terdapat 318 pelajar yang akan menerima bantuan tersebut.

“Kerajaan Negeri akan menyumbang RM1,000 seorang manakala MAIPP akan menambah RM1,000 lagi," katanya.

Sementara itu, Ketua Menteri, Lim Guan Eng turut menyeru kerajaan persekutuan agar menghulur bantuan yang serupa kepada pelajar-pelajar yang terlibat.

Mengenai pembentukan jawatan exco baru untuk mengetuai potfolio hal ehwal agama lain, Lim berkata, kerajaan negeri mengambil keputusan untuk meletakkan hal ehwal agama Buddha, Kristian, Sikh, Taoist dan Hindu di bawah satu potfolion kerana menghormati Islam sebagai agama rasmi persekutuan.

“Mungkin sesetengah orang yang berfikiran rasis akan cuba menjadikan ini sebagai satu isu tetapi hakikatnya tidak ada isu pun yang perlu dibangkitkan dalam hal ini,” katanya dalam satu sidang akhbar di pejabatnya di Komtar, Khamis.

14 ulasan:

  1. Kerajaan BN bayar tambang kapal korek, Kerajaan Pakatan Rakyat Pulau Pinang bayar tambang kapal yang boleh terbang. Alhamdulillah, semoga Lim Guan Eng, keluarganya dan seluruh masyarakat Cina keseluruhannya dapat menerima Islam sebagai pegangan hidup.

    BalasPadam
  2. Tahniah Lim Guan Eng!

    BalasPadam
  3. Walau bagaimana pun kamu buat umno haram bejadah tetap mengharam bejadahkan kamu.

    BalasPadam
  4. alangkah baiknya kalu maklumat2 seperti ni sampai ke kawasan kampng melayu..yg tinggi umno totokyna!!!

    BalasPadam
  5. bodoh korang ni, terang2 lim guan eng tu nak jdkan penang seperti singapura, korang dok sokong buat apa??? nak melayu hilang tanah d negara sendiri? jgn jd keldai dok ikut je kata si komunis tu...tanpa umno, korang tak kan hidup aman damai seperti sekarang...bodoh lah korang ni.

    BalasPadam
  6. tanpa umno??
    pi balik istigfar..pi jumpa ulamak muda umno dan ckp saya telah menyekutukan Allah..kerana saya ckp tanpa UMNO hidup org malaysia tk akan aman damai..maka umno itu lebih berkuasa dari Allah dalam memberi keamanan??

    syuh syuh...hanya 1 dosa yg tk terampun iaitu dosa " menyekutukan Allah " ..

    tunggu la saat kamu dipanggil kembali oleh tuan mu nanti..

    BalasPadam
  7. sekarang ni aku nak tanye ko, sape yg serahkan PP pada GERAKAN kalau bukan Umno?? Bila dah Lim Guan Eng memerintah kau pulak menyalak2, masa GERAKAN pegang ko xnak bising pulak...sekarang ni sape yg bodoh??

    BalasPadam
  8. senang cakap
    tinggal taik sendiri tuduh orang lain berak

    BalasPadam
  9. bagus pakatan ni...tp mengapa ada di kalangan rakyat yg menafikan kebaikan pakatan, aku rasa pelik la manusia jenis ni...manusia dikurniakan akal utk berfikir...

    BalasPadam
  10. kita lihat bahasa orang melayu dari UMNO ni adakah mencerminkan budaya Melayu itu sendiri apatah lagi nak mencerminkan peribadi seorang Islam

    BalasPadam
  11. bodoh betul la spesis manusia yg kata UMNO yang boleh bagi kehidupan...kau dah mensyirikkan Allah...Kalau bertaybat, dosa lain semua terampun kecuali syirik..Ko kena mengucap semula, dan bertaubat nasuha...tapi dosa ko sebelum syirik bawak sekalik...ada fehemm???

    BalasPadam
  12. kerajaan BN belanja RM 50 juta bawa balik pelajar2 ke negara .... skrg ini pergi sana , Pakatan la pulak ...

    BalasPadam
  13. Tanpa Nama 11:29PM.
    1) Bila Kali Terakhir Hang Ke S'pore?
    2) Berapa Ramai Adik Beradik Hang Kat S'pore?
    Adik Mak Aku(Pak Sedara Lah Ngok)Rakyat S'pore,Anak dia (Sepupu Akulah Ngok)4 Org Semua,Yg Bongsu Naru Balok Dari Mesir,Naik SIA (Bukan Caribou TUDM mcm Pelajar Kita,S'Pore tak hebuhpun)
    Semua Dia Org Berjaya di S'pore, Dia Org masing2 ada kerjaya&Bisnes,Ada Rumah,Ada Kereta.
    Aku tanya, Susahkah Melayu S'pore? Senangje jawab dia... Tak Berusaha,Melayu kat mana pun susah.
    Kalau Melayu Penang Jadi Melayu S'pore...yg pastinya,Melayu S'pore tak berbalah sama sendiri.
    Adakah Sedara Aku Ni,Hang Nak Kata Kroni LKY???

    BalasPadam
  14. Tanpa Nama berkata...
    Quote"bodoh korang ni, terang2 lim guan eng tu nak jdkan penang seperti singapura, korang dok sokong buat apa??? nak melayu hilang tanah d negara sendiri?unquote.

    Sebenarnya Melayu dah x der Tanah di PP.,

    Maaf ckp yer!

    Yg.jual,yg.gadai,yg.serah org.Melayu gek.,
    coz terpengaruh dgn cakap manis pemimpin UMNO.,
    konon utk membangunkan tempat mereka.

    Akhir nya sampai mati terpaksa menyewa.

    Kesian arwah Mak Chak,Pak Chak di Sungai Pinang.,bila meninggal x der satu sen harta di tinggalkan,w/pon duduk kat situ sejak lahiak.

    Alfatihah.

    BalasPadam