Ketua Pembangkang Datuk Mohamad Satim Diman berkata, tindakan itu menghairankan kerana soal tanah adalah di bawah bidang kuasa Pegawai Daerah dan Pejabat Tanah Negeri.
"Kami pun hairan dan mengejutkan mengapa Menteri Besar boleh berikan hanya tugas kecil sahaja kepada beliau, sedangkan tanah ini biasanya dijaga oleh Pejabat Tanah yang ada pegawai daerah.
"Jadi mengapa Mohamad Khusrin nak memantau kes-kes itu,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim di sini hari ini.
Mohamad Satim yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Serdang juga menyifatkan tindakan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai merendahkan martabat pegawai-pegawai negeri Selangor jika beliau tidak ada kepercayaan terhadap Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor yang baru itu. - Bernama
P.Ramlee kata "Orang tua kutuk,tak sadar diri."...kuah3
Tiada ulasan:
Catat Ulasan