Tamyes berkata, budaya kuning yang diimport daripada cara hidup orang Barat sepatutnya ditegah kerana ia bakal meruntuhkan institusi masyarakat, terutama orang Melayu.
“Mereka memilih untuk membuat peraturan sendiri, mengapa tidak takut perintah Allah? Jika pihak kerajaan tidak membenteras, masalah ini akan bertambah teruk dan merugikan masyarakat.
“Golongan ini sepatutnya dihukum dengan lebih berat, sebagaimana termaktub dalam ajaran Islam. Mereka perlu disebat kerana berzina atau direjam sampai mati jika sudah berumah tangga,” katanya ketika dihubungi.
Menurut beliau, sebagai orang Islam, mereka sepatutnya sedar perkahwinan sah mampu menyelamatkan diri mereka daripada pelbagai bala dan bencana.
“Jadilah manusia yang bertanggungjawab pada ajaran agama. Jangan pilih gaya hidup yang akan merosakkan diri sendiri,” katanya.
Sementara itu, pakar motivasi dan kaunseling, Dr Rubiah K Hamzah berkata, golongan yang memilih cara hidup ala Barat iaitu bersekedudukan dengan teman asmara atau ‘sex buddy’ menunjukkan kepincangan dalam masyarakat yang semakin kritikal.
“Daripada masalah beginilah muncul masalah lain, misalnya jenayah buang bayi. Lihat betapa teruknya masalah sosial hari ini, semua itu berpunca daripada amalan hidup bebas begini.
“Tiba masanya kerajaan mencari satu formula ekstrem bagi menangani masalah sosial yang melanda negara ketika ini. Jika dibiarkan, ia akan merosakkan generasi akan datang,” katanya.maka tunggulah saat kehancuran.”Ia (Abu Hurairah) bertanya, ‘Bagaimana orang (yang)
tidak memegang teguh amanah itu ya Rasulullah?’Beliau (Nabi saw) menjawab, “Kalau
sesuatu urusan telah diserahkan kepada orang yang bukan ahlinya, maka
tunggulah saat kehancuran.” (1746) [Sahih Bukhari]
"Tiba masanya Kerajaan mencari satu formula ekstrem bagi menangani masalah sosial yg melanda negara ketika ini.Jika dibiarkan,ia akan merosakkan genarasi akan datang"
BalasPadamJusteru Langkah yg diambil olih MB Selangor,Tan Sri Datuk Khalid Ibrahim dengan menaikkan Elaun Guru SRA,SRAI,amat bertepatan sekali untuk jangka masa panjang,Insan insan yg bergelar Guru Kafa inilah yg akan mendidik dan membentuk genarasi
akan datang agar dapat menzahirkan impian "Jadilah manusia yang bertanggungjawab pada ajaran agama.Jangan pilih gaya hidup yang akan merosakkan diri sendiri"
Sekalung Penghargaan kepada Ahli Koperat yang dipilih Rakyat Negeri Selangor untuk "menghapuskan budaya kuning yg diimport dari cara hidup org barat yang bakal meruntuhkan institusi
masyarakat,terutamanya melayu. Hidup Tanpa Pedoman,tidak takut perentah Allah"