Sabtu, 19 Februari 2011

Orang Kampung Makin "Bergetah" ...

Harga-harga getah Malaysia dijangka terus meningkat minggu depan dengan prospek kekurangan bekalan masih menggangu pasaran, kata seorang peniaga.

Beliau juga berkata penjual menguasai pasaran dengan pembeli terus mencari bekalan.

Menurut Persatuan Getah Dunia, harga getah dijangka kekal tinggi, kerana permintaan diunjur pada 11.15 juta tan metrik berbanding bekalan sebanyak 10.95 juta tan metrik.

Pada asas mingguan, harga penjual fizikal rasmi Lembaga Getah Malaysia bagi gred tayar SMR 20 naik 16.5 sen kepada 1,734 sen satu kg daripada 1,717.5 sen satu kg sebelum ini.

Susu getah pukal meningkat 23.5 sen kepada 1,079.5 sen satu kg daripada 1,056.0 sen satu kg.

Harga penutup penjual tidak rasmi bagi gred tayar SMR 20 naik sepuluh sen kepada 1,727.5 sen satu kg daripada 1,717.5 sen satu kg minggu lepas, sementara susu getah pukal naik 27.5 sen kepada 1,086 sen satu kg daripada 1,058.5 sen satu kg sebelum ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan