Kempen tersebut akan digerakkan di seluruh negara dengan Pemuda PAS setiap negeri akan menurunkan ahli-ahlinya untuk memberi penerangan kepada remaja Islam yang berdua-duaan.
Menurut Naib Ketua Dewan Pemuda PAS pusat Mohd Sabki Yusof, ekspedisi itu akan bermula sebelah malam dan akan berterusan hingga tengah malam.
“Ini adalah agenda berterusan, kita bukan buat pada Hari Kekasih sahaja. Pada kempen ini, kita akan menemui pasangan remaja Islam dan memberikan penerangan mengenai halal dan haram menurut ajaran Islam.
“Kita bukan gunakan kekerasan... kita bukan badan penguatkuasaan dan kita tidak cuba untuk jadi polis moral. Kami hanya mahu berdakwah kepada remaja Islam,,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan Dewan Pemuda PAS pusat di sini.
Beliau berkata beberapa lokasi telah dikenalpasti di seluruh negara termasuk di Kuala Lumpur yang memberikan tumpuan di Tasik Titiwangsa, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur dan Bukit Bintang.
“Setiap negeri ada lokasi-lokasinya dan kita telah minta Dewan Pemuda PAS negeri untuk menjayakan usaha ini.
“Kita juga bergerak sendirian, kita tidak bekerjasama dengan pihak penguatkuasaan. Apa yang kita lakukan hanya berdakwa sahaja, kalau jabatan agama nak buat serbuan itu terpulang kerana kita tidak ikut mereka,” katanya.
Mohd Sabki berkata, penyakit sosial yang semakin teruk berlaku di negara ini berpunca daripada banyak faktor yang dilihat menyumbang kepada pelakuan zina dan akhirnya peningkatan kes pembuangan bayi.
“Kami tidak tolak Hari Kekasih ini tapi yang kita bantah adalah cara sambutan yang mendorong kepada pelakuan zina, kita tidak larang orang berkasih sayang,” katanya.
Tambah beliau, kempen ekspedisi dakwah itu dilakukan untuk memberi kesedaran kepada masyarakat terutamanya remaja Islam supaya tidak terlibat dalam pelakuan zina.
“Apabila jadi zina, maka berlakunya fenomena pembuangan bayi di merata-rata tempat, kita nak halang dan mengatasi pembuangan bayi.
“Bila berlakunya zina, banyak kes pembuangan bayi akan berlaku. Jadi ini salah satu tanggungjawab kita untuk mengajak remaja Islam supaya mengawal diri daripada terjebak,” katanya.
Jangan jadi seperti Pemuda Umno Yang Baculllll....Hampehhh
Tiada ulasan:
Catat Ulasan