Selasa, 15 Februari 2011

Pondan "Pakai Gaun" Mati DiHentak Tukul Besi..

Seorang lelaki yang berpakaian gaun wanita ditemui mati dipercayai menjadi mangsa bunuh di Lorong Love di sini semalam.

Kejadian pada pukul 1.15 petang itu berlaku di hadapan sebuah kuil yang terletak di Lorong Love yang juga dikenali sebagai lokasi banyak berlaku maksiat membabitkan golongan pondan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, lelaki yang berusia dalam lingkungan 40-an yang dipercayai dihentak dengan tukul besi pada bahagian kepala itu mati di tempat kejadian.

"Mengikut beberapa saksi, mangsa yang berjalan seorang diri di kawasan itu tiba-tiba dihampiri seorang lelaki yang menunggang motosikal jenis Honda EX5.

"Lelaki itu dan mangsa dilihat bercakap sesuatu sebelum tercetus pertengkaran antara mereka yang menyebabkan mangsa kemudian dipukul di kepala," kata beliau kepada pemberita di sini semalam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan