Khamis, 3 Februari 2011

Roh "Demo" Sebabkan Ali Kecut "Perut"..!!

Hebatnya Demontrasi besar-besaran di Mesir yang telah memberikan satu Impak yang cukup besar ke atas umnat islam yang selama ini di tindas dan di Zalimi dengan teruk oleh Presiden negara mereka yang berkiblatkan dan menjadi "Barua" negara Barat.

Rupa-rupanya "Roh" Demo ini sangat kuat,Di Yamen Presiden Ali Abdullah menyatakan ingin meletak jawatan yang dipegangnya hampir 32 tahun,sama dengan KM Serawak Taib Mahmud yang masih bermaharajalela dengan kuasanya walaupun rakyat serawak hidup melarat.

Kenyataan takut beliau yang menyatakan beliau tidak akan mengangkat anaknya sebagai Presiden dan telah menaikkan gaji tentera serta merta dan mengarahkan kerajaannya mengawal dan menurunkan harga barangan keperluan rakyat.

Pada Januari lalu, puluhan ribu rakyat Yaman berdemonstrasi beberapa hari untuk mendesak Ali berundur - satu tindakan yang tidak dijangka berani dilakukan mereka sebelum ini.

Ali juga menggesa pembangkang bertemu dengan kerajaan untuk berunding, tetapi ditolak.Jurucakap pembangkang, Mohammed al-Sabri, berkata mereka tetap tidak percaya dengan janji dibuat Ali.“Dia pernah berjanji begitu pada 2006 tetapi dimungkiri,” katanya


Juragan : Kata Syekh Umar Bakri Muhammad, ulama yang lama berada di London, UK dan kini tinggal di Tripoli, Libanon menjelaskan bahwa konflik atau revolusi di Tunisia dan Mesir adalah sebuah sunatullah. Ini adalah saatnya untuk menggantikan rejim yang rusak dan Zalim dengan Negara Islam yang sebenar. Allahu Akbar!

1 ulasan: