Jumaat, 4 Februari 2011

Tengok Nii...Inilah Perangai "Buruk" Umno...

Kerajaan negeri Selangor kesal dengan tindakan pihak berkuasa yang memutuskan untuk mengenakan tuduhan di bawah Akta Hasutan ke atas Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sri Muda dari PKR Shuhaimi Shafiei, Isnin ini.

Tindakan tersebut, menurut kerajaan negeri Pakatan Rakyat itu, menunjukkan sikap berat sebelah pihak berkuasa — yang terletak di bawah bidang kuasa Putrajaya — dalam mengambil tindakan perundangan ke atas wakil rakyat mereka.

“Sekali lagi, senario yang kita bimbangkan telah berulang apabila pihak berkuasa berat sebelah dalam mengambil tindakan dan hanya cepat menyelesaikan siasatan jika ia membawa keuntungan kepada Barisan Nasional (BN) dan memburukkan imej wakil rakyat Pakatan Rakyat,” kata Pejabat Menteri Besar Selangor dalam satu kenyataan dikeluarkan hari ini.

“Persoalan yang perlu dijawab oleh pihak berkuasa, mengapakah tindakan tegas dan cepat tidak diambil terhadap kes-kes yang melibatkan kepentingan ramai seperti kes kematian (bekas setiausaha sulit Exco Kerajaan Negeri Selangor) Teoh Beng Hock, (suspek polis mati di lokap) A. Kugan dan (remaja) Aminulrashid?” kata kenyataan itu.

Laporan semalam menyebut, Shuhaimi akan menghadapi pertuduhan di Mahkamah Sesyen Shah Alam berhubung satu entri dalam blognya yang didakwa telah menghina Sultan Selangor.

Beliau hadir ke balai polis semalam untuk menyerah diri dan kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.

Shuhaimi yang juga Timbalan Ketua Cabang Parti Keadilan Rakyat Kota Raja mencetuskan kontroversi berikutan kenyataan dalam blognya pada 30 Disember lalu yang didakwa telah mempertikai keputusan Sultan Sharafuddin Idris Shah memperkenan pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri yang baru.

Beliau menafikan kenyataannya itu bertujuan untuk menghasut rakyat dan menghina Sultan.

Kenyataan Pejabat Menteri Besar itu berkata, kerajaan negeri akan memberi sokongan penuh kepada Suhaimi dalam menghadapi kes tersebut.

“Dalam kes Shuhaimi, kerajaan negeri tidak akan membiarkan beliau berseorangan dalam menghadapi tuduhan tidak berasas ini.


Juragan : Wa bukan boleh tengok puak-puak Umno Haprak niii..Yang wa pelik orang melayu "Bengong" tak nampak lagi kezaliman dan sikap Munafik pemimpin Umno ni??Wa doakan PRU13 puak-puak zalim ni "Jatuh dan Hancurr" dan ditempatkan di Muzium untuk tatapan generasi akan datang.Itupun kalau mereka nak tengok,takut nanti mereka kencing dan ludah aje..hancuss..




4 ulasan:

  1. yang pelik ialah puak pembangkang selalu ingat majoriti rakyat meyokong mereka. yang pasti majoriti umat islam dan melayu menyokong umno seperti di galas dan tenang.

    BalasPadam
  2. tok sah prasan hang umno karat..menang cara menipu..melayu bangsa umno saja dok sokong parti sundal pengkhianat bangsa ini.majoriti kunun..porrrahh!!

    BalasPadam
  3. Memang la sokong Umno,apa yang lu orang tak buat,Ugut..Rasuah..Tipu..TV1,2,3,8,9..surat kahabar,semua Umno yang control,mcm emakbapak lu orang punya..lepas tu kata PR takda yang nak sokong!! sendiri ingat beb!! lu orang memang takda "Telo"..ha3

    BalasPadam
  4. menang secara tak ada telor peliar,perguna semua harta awam untok menarek penyokong dan salah guna kuasa keatas semua ajensi kerajaan supaya memehak kepada umnoapco/bn inilah yang dikatakan pemerentah kuku besi, kamu20:28 saja buat tak nampak atau memang kamu buta.

    BalasPadam