Sabtu, 5 Februari 2011

Tengok nii..Inilah YB PAS Yang Akan Mengekalkan Kerusinya Di Perak..!!


Inilah wa punya YB,beliau cukup terkenal di kawasan DUN Changkat Jong,T.Intan..apa tidaknya,YB yang dipanggil dengan gelaran Ustaz ni memang hebatt..tak kira masa dan waktu beliau akan sentiasa bersama penduduk setempat dalam setiap program,Dengan senyuman yang sentiasa di wajahnya,beliau akan menyapa dan bertanyakan khabar masyarakat setempat yang ditemuinya.

Malah..masyarakat cina cukup meminati dan menyukainya kerana beliau seorang YB yang merendah diri dan ringan tulang dengan kerja-kerja kemasyarakatan.Bila ditanya kepada kaum bukan melayu mengenai YB ni,mereka akan kata."Ini olang manyak babut (Bagus) oo."Baru-baru ini dengan hasrat memberikan kesejahteraan kepada masyarakat, ADUN Changkat Jong YB Hj. Mohd. Anuar Sudin telah sanggup pergi rumah ke rumah untuk menyampaikan sumbangan sempena Tahun Baru Cina di sekitar Kampung Baru Batu 12, Jalan Bidor, Teluk Intan.

Seorang warga emas menerima sumbangan daripada YB Anuar.
Sebanyak 20 buah rumah telah dikunjungi beliau yang mana kebanyakan penerima sumbangan adalah dalam kalangan warga emas, pesakit yang uzur dan ibu-ibu tunggal. Sumbangan yang diberikan adalah dalam bentuk barangan keperluan dapur seperti beras, kopi, gula, minyak masak dan sebagainya.

Kehadiran YB Anuar pada petang itu disambut baik oleh para penduduk di sana. Pelbagai respon yang diberikan oleh mereka. Ada yang mengucapkan tahniah, terima kasih dan berjanji untuk memastikan PAS akan menang lagi pada PRU13 nanti.

YB Anuar sendiri yang menjinjing beg sumbangan.

Rombongan ADUN Changkat Jong turut disertai oleh Pembantu Khas ADUN Hj. Mohd. Akram Ayub, Timbalan YDP PAS Teluk Intan Sdr. Rahmat Maliki, Ketua DHPP Teluk Intan Sdr. Hacharan Singh dan Sdr. Sarguna Timbalan DHPP Teluk Intan.
Warga OKU, Foo Tun Chuen.

Foo Tun Chuen menerima sumbangan daripada YB Anuar.

Salah seorang penerima sumbangan, Foo Tun Chuen, 46 seorang OKU memberitahu bahawa beliau amat berterima kasih dan rasa berbesar hati atas kehadiran ADUN Changkat Jong ke rumahnya. Beliau lumpuh kedua-dua kaki akibat kemalangan jalan raya pada tahun 1992 yang menyebabkan tulang belakang beliau rosak.

Menurut YB Anuar, sumbangan ini memang diberikan setiap tahun oleh pihak beliau sekadar yang mampu disediakan. Beliau yakin, jika kerajaan negeri Perak masih ditadbir oleh Pakatan Rakyat sudah pasti lebih banyak bantuan kebajikan rakyat dapat diberikan dalam bentuk jangka masa pendek dan jangka masa panjang.

"Apa yang penting, kita dapat memberikan kegembiraan kepada golongan yang kurang mampu dalam menyambut perayaan Tahun Baru Cina yang bakal menjelang."
Beramah mesra dengan salah seorang penerima sumbangan.


Beliau mengambil kesempatan mengucapkan Gong Xi Fa Chai, Selamat Tahun Baru Cina kepada semua kaum tionghua di kawasan DUN Changkat Jong dan berharap tahun ini memberikan kegemilangan, kemakmuran dan kesejahteraan kepada semua.
Sdr. Hacharan Singh turut membantu YB Anuar.

YB Anuar pergi lorong ke lorong untuk menyampaikan sumbangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan