Jumaat, 4 Februari 2011

Terkini..Ucapan Hosni Mubarak dan Jawapan Kepada Wartawan

Perdana Menteri Mesir sedang beri ucapan dan menjawab soalan dari wartawan (Live).

Antaranya dia kata semua pihak termasuk yang anti-Mubaraq/protestor di Tahrir Square dijemput dalam dialog dengan pihak gomen(Kerajaan). Dia menegaskan Pres Mubaraq akan tetap tidak bertanding jawatan Presiden lagi. Beliau memohon maaf akan kejadian yang berlaku di Tahrir Square di mana 5 terkorban, dan penyiasatan akan dilakukan. Dia meminta semua protestor berhenti dan pulang ke rumah. Dia kata gomen akan memulihkan apa kesilapan yang berlaku. Dia minta semua bertenang dan ikut berita di TV. Dia kritik media asing yg menunjukkan pertempuran dan kejadian ganas di TV. Dia kata itu tak perlu ditunjuk di media Mesir (ha ha...nak censor ke, cam biasa dengor jer).

Dia tegas tak patut kita paksa Presiden Mubaraq turun dari kerusi presiden. Kita perlu ikut peraturan dan procedure. Umpamakan presiden tu bapak kita, kalau kita tak suka pun kita kena hormat dia. (Waah teman translate dari Arab ke Inggeris ke Melayu!).

Kita tetap akan adakan reform dan dengar apa yang dibangkitkan oleh protestor!

Kami akan ikut peraturan, dia tambah. Dia tak fikir pihak polis telah melakukan keganasan. Dia tak fikir ada rakyat Mesir lari dengan bawa banyak duit.Dia berjanji sebagai ketua negara akan review banyak perkara dan kami akan lakukan dan kami tak akan berjanji apa yang kami tak boleh lakukan.

Pihak gomen berjanji akan melindungi pihak demonstrator tapi dia kritik jugak pihak demonstrator yang melakukan kerosakan. Dia kata lagi undang2 akan dipelihara. Dia kata sedang review berapa pampasan yang akan dibayar kepada yang menghadapi kehilangan atau kerugian dalam rusuhan ni. Jika Menteri Dalam Negeri bertanggungjawab dalam kejadian keganasan, beliau akan disiasat dan dihukum (hah dengor tu KDN!) Dia ngaku dia tak tau semua yang berlaku tapi dia akan amik perhatian dalam semua yang berlaku dan mau semua rakyat dilindungi.

OK setakat ini teman translate. Yang lebih-lebih tu janji gomen dia. Maaf teman type ni sambil dengor 'Live' dari TV Perancis berbahasa Inggeris. Kejap direct speech kejap reported speech.

Btw, yang pecah keluar dari penjara termasuk ahli-ahli Hizbullah! - Terkini Dari blog Moh Kembara di Turki

2 ulasan:

  1. Itu la namanya kerajaan...Kalau tak nak selamatkan rakyat jangan jadi kerajaan,Ingat apa segala perbelanjaan UMNO Haram Jadah yang punya duit ke..Otak "Bahlul" betul la lu ni!!

    BalasPadam
  2. Duit umno tu ke yang guna pindahkan diorang?. otak lagi sempit ko ni...ko pasti ke semuanya anti kerajaan..tak tahu lebih baik diam.

    BalasPadam