Isnin, 14 Februari 2011

Umno Meroyan...Artis Terkenal Serah Borang Keahlian PAS..??

Himpunan 30 ribu Pemuda PAS Kedah yang akan diadakan pada 19 Februari ini akan memberi satu kejutan besar.Demikian dinyatakan oleh Pengarah Pilihan raya Pemuda PAS Pusat, Mohd Firdaus Jaafar ketika ditemui selepas majlis perasmian pelancaran amanat pilihan raya umum ke-13 kepada Pemuda PAS Pulau Pinang bertempat di markas PAS Pongsu Seribu semalam.

Dalam pertemuan tersebut beliau juga mengatakan seorang selebriti terkenal negara yang begitu popular akan menyerahkan borang menyertai PAS.

Ini akan memberi kejutan dan tamparan kepada Umno dan Barisan Nasional (BN) yang selama ini mendakwa mereka mendapat sokongan padu semua golongan masyarakat.

Beliau yang juga merupakan Ahli Parlimen Jerai, turut menyatakan himpunan yang akan diadakan nanti adalah sebagai kesinambungan untuk meneruskan agenda perjuangan PAS untuk menggerakan Pemuda PAS supaya lebih efisien dalam gerak kerja menjelang pilihan raya umum ke-13 nanti.

"Sebagai sebuah parti yang telah siap sedia untuk menggantikan Umno sebagai peneraju pentadbiran negara dan juga sebagai parti yang mampu membela nasib orang Melayu dan juga bukan Melayu, maka gerakan ini menjadi pemangkin kepada kekuatan yang ada.

"Kita optimis himpunan ini akan melebihi sasaran yang kita tetapkan berdasarkan komitmen yang ditunjukkan oleh generasi muda terhadap kepimpinan PAS selepas pilihan raya 2008 yang lalu," ujarnya lagi.

Hadir bersama dalam majlis tersebut ialah Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Rosidi Hussain dan Ketua Pemuda PAS Pulau Pinang, Yusni Mat Piah serta barisan kepimpinan Pemuda PAS Negeri.

JuRaGaN : Tahniah PAS Kedah...

Dari Abu Hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa menyeru ke jalan
petunjuk (kebaikan), maka baginya pahala seperti pahala orang-orang yang mengikutinya,
yang tidak terkurangi sedikitpun dari pahala-pahala amal mereka sama sekali.

Barangsiapa menyeru kepada jalan yang menyesatkan, maka baginya dosa semisal (sama)
dosa
orang-orang yang mengikutinya, yang tidak terkurangi sedikitpun dari dosa-dosa
mereka sama sekali.” (0172) [Sahih Ibnu Majah]

2 ulasan:

  1. ' SEORANG?', SEORANG ARTIS TERKENAL KER, TAK TERKENAL KER, IA TETAP MEMBAWA SATU UNDI. JADI APA HEBAT SANGAT?

    BalasPadam
  2. Luncai, kita akan lihat berapa undi yang mampu dibawa oleh "orang ini".. adakah satu, atau lebih dari satu?

    BalasPadam