Ahad, 20 Mac 2011

Apahal..Mamat Nii Tiba-tiba Jadi Meroyan..??

Apahal mamat madhzir ni tiba-tiba jadi meroyan pasal Kedah..nampak sangat jelousnya..dulu rakyat dah bagi memerintah lu buat taik..Kedah Maju 2010 macam mana barderr...maju ke ( lihat gambar)..??Janganlah jadi kalut,PR baru nak bernafas selama 3 tahun,yang Umno perintah 50 tahun kat kedah lu buat apa braderr...Tanam padi atas bumbung dan pertandingan mengorat isteri..apa benda la luu.

Kalau macam tu..slogan 1 Malaysia pun mesti kasi buang la.."Rakyat Di Dahulukan"..betul ka??Barang naik..siapa yg kena??..Saman Ekor..Siapa yg kena??...Insuran kereta naik...siapa yang kena??Minyak naik...Siapa yang kena??

Baca nii..

Slogan ‘Kedah Sejahtera, Nikmat Untuk Semua’ yang diguna pakai Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat (PR) perlu digugurkan kerana kegagalan mereka memenuhi janji manifesto yang dibuat pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak tidak perlu menunggu sehingga sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah bulan depan untuk melengahkan penjelasan kerana Kerajaan Negeri terbukti mengingkari janji manifesto dengan melaksanakan kutipan cukai pintu di pekan-pekan kecil.

Menurutnya, daripada 15 janji manifesto yang dikemukakan sebelum ini, terdapat satu janji Kerajaan Negeri untuk menurunkan mana-mana cukai yang didapati membebankan rakyat, termasuklah cukai tanah dan pintu.

“Bagaimanapun, apa yang berlaku adalah sebaliknya apabila penduduk kampung yang terletak berdekatan pekan kecil kini berasa terbeban disebabkan terpaksa membayar cukai pintu lebih kurang RM50 hingga RM60 setiap rumah bermula tahun ini.

“Saya hairan Kerajaan Negeri boleh mendakwa hampir 80.7 peratus janji manifesto terlaksana, sedangkan pelaksanaan cukai pintu itu membuktikan mereka memungkiri janji mereka sendiri,” katanya sewaktu ditemui Sinar Harian.

1 ulasan:

  1. hantam laa labuuuuuuu.......
    hang dok merepet apa nae det oiiii.....
    masa hang lagi teruk.......
    apa habaq kak syahanim????........

    kah kah kah.......

    BalasPadam