Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman berkata, Perdana Menteri Jepun, Naoto Kan sudah mengeluarkan amaran kepada mereka yang tinggal dalam radius 30km dari kawasan loji itu supaya jangan keluar dari rumah buat sementara waktu.
Selain itu, katanya, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr. Maximus Ongkili sentiasa berhubung rapat dengan agensi-agensi yang berkaitan di Jepun untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai keadaan semasa berhubung kebocoran radiasi itu.
"Jika keadaan bertambah buruk, kerajaan akan bawa rakyat Malaysia yang berada di sana kembali ke tanah air," katanya kepada pemberita ketika mengulas perkembangan semasa di Jepun di sini semalam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan