Isnin, 14 Mac 2011

Baculll...Umno Perak "Sabotaj" Mufti Harussani...???

Dewan Pemuda PAS Perak menyifatkan Umno negeri itu “bimbang” dan cuba menghalang pertemuan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bagi menyelesesaikan “perang mulut” dalam hal berkaitan agama Islam antara dua tokoh itu.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perak Dr Raja Ahmad Al-Hiss berkata, pihaknya kesal dengan kenyataan Ketua Penerangan negeri Perak Datuk Hamdi Abu Bakar yang menyifatkan pertemuan tertutup antara Harussani dan Nik Aziz tidak sesuai selain merugikan umat Islam kerana ia dipolitikkan.

“Dewan Pemuda PAS Perak merasa kesal kerana masih ada umat Islam yang membezakan agama dalam politik dan ia tidak sepatutnya berlaku sama sekali.

“Kami melihat Datuk Hamdi Abu Bakar tidak memahami Islam yang sebenarnya dan ia bertentangan dengan slogan Datuk Seri Zambry Abdul Kadir (Menteri Besar Perak) tentang konsep Islam dan agama kerana kurangnya pemahaman dari kalangan pimpinan Umno sendiri,” katanya dalam satu kenyataan.

Hamdi yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Baharu sebelum ini berkata pertemuan antara Harussani dan Nik Aziz tidak perlu diadakan kerana perbezaan aliran kedua-dua tokoh itu.

Beliau berkata Harussani merupakan seorang ketua ulama manakala Nik Aziz seorang ahli politik yang berkemungkinan perdebatan di kalangan mereka boleh dipolitikkan.

Kata Raja Ahmad, pihaknya akan berusaha untuk memastikan pertemuan antara Harussani dan Nik Aziz dapat diadakan bagi menyelesaikan segala perbalahan dan “perang mulut” antara mereka terutamanya yang berkaitan hal-hal agama Islam.

“Sepatutnya ia perlu dilihat sebagai satu objektif baik kerana usaha ini akan memberikan kekuatan umat Islam agar tidak bertelagah dengan hukum yang ada.

“Dewan Pemuda PAS Perak sekali lagi berharap dapat menemukan kedua-dua tokoh ini walaupun ada pihak tertentu yang tidak senang dengan usaha ini,” katanya.

4 ulasan:

  1. bila nak cari titik pertemuan?.Bukankah kalau ada pertelingkahan kena bermuzakarah,balik kepada quran an hadith,Nampak benar,umno tak nak islam,kalau yang menguntungkan dunia mereka laju je.

    mardhiah musa

    BalasPadam
  2. Betul...memang inilah Parti Yang paling dibenci oleh Allah kerana menghalang manusia menghubungkan silaturrahim...dan menyelesaikan masalah ummah,mrk takut harussani akui perjuangan Nik Aziz adalah benar..maka akan mampusslah mereka selepas ini.

    BalasPadam
  3. Buat apa nak berunding. Dah jelas PAS tu Parti Ajsran Sesat. Buang masa saja. Tengok bola lagi bagus.

    BalasPadam
  4. Anon 9.28... jawapan manusia yng tak beriman macam ni gayanye!

    BalasPadam