Selasa, 1 Mac 2011

Bangsattt...BN Main "Politik Samseng" di Merlimau...

Timbalan Pesuruhjaya I PAS Melaka Adly Zahari mengingatkan BN agar menghentikan “politik samseng” semasa kempen pilihan raya kecil DUN Merlimau yang sudah masuk hari keempat hari ini.

“Kita minta BN hentikan politik samseng, sebelum ini pentas DAP dibakar, malam tadi kereta pula kena.

“Politik (samseng) ini digunakan BN untuk menakutkan-nakutkan pengundi-pengundi, kita minta BN hentikan sebelum PAS ambil tindakan sendiri,” katanya.

Kata beliau, polis harus tegas dalam perkara ini dan jangan mengamalkan sikap berat sebelah dalam perkara ini.

“Saya minta pihak polis tegas, BN juga perlu hentikan provokasi ini.

“Provokasi ini tak untungkan sesiapa pun, kalau buat samseng atau ugut apa faedahnya kepada rakyat?” kata Adly sambil menambah, PAS tidak akan membalas terhadap provokasi yang dicipta BN.

“Kita masih boleh bersabar tapi sampai bila? Jadi kita minta supaya ia dihentikan,” tambah Adly.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau menyaksikan pertarungan satu lawan satu antara calon BN Roslan Ahmad, ahli jawatankuasa Umno Jasin dan calon PAS Yuhaizat Abdullah, Timbalan Ketua Pemuda PAS Melaka dan Timbalan Yang Dipertua PAS Jasin.

4 ulasan:

  1. sukanyaaa AKU.....Rabu, 2 Mac 2011Parti China DAP Tak Risau PAS kalah, Tapi Sangat Takut Jika Umat Islam Tidak Berpecah-belah



    Parti China DAP begitu gigih mengajar Parti Melayu Pas menyalak..
    (grafik ehsan Media Permatang Pauh.blogspot)


    Parti Melayu Pas telah hilang tumpuan. Inilah kesan kehilangan maruah dan terpaksa menanggung malu atas kekalahan demi kekalahan di PRK Bagan Pinang, Galas dan Tenang.


    PRK Merlimau dan Kerdau menyaksikan Parti melayu Pas dan Gerombolan Pakatan Haram semakin menghampiri kemusnahan dan menunggu masa untuk masuk ke zon pupus.


    Penolakan rakyat berlaku berterusan terhadap Gerombolan anti nasional ini. Bangsa Melayu yang juga umat Islam telah muak dengan slogan kosong dan retorik agama yang dimainkan oleh Pas. Manakala kaum China berasa takut dengan pendekatan membakar sentimen api perkauman DAP dan PKR hanya tinggal nama sahaja lagi dan semakin dilupakan.


    Pertembungan sekali lagi Pas dengan UMNO-BN di PRK Merlimau dan Kerdau dengan jelas membuktikan Parti Melayu Pas telah hilang fokus dan strategi menawan pengundi menjadi kucar-kacir.


    Sepatutnya Pas memberi perhatian utama terhadap pengundi-pengundi dengan menerangkan sejelas-jelasnya wawasan parti mereka. Pengundi ingin tahu apakah yang dapat ditawarkan oleh Pas sekiranya undi mereka diperlukan.


    Malangnya Pas tidak memiliki apa-apa yang munasabah yang mampu ditawarkan atau sekurang-kurangnya sebagai janji manis bagi mengatasi UMNO-BN. Tawaran Parti Melayu Pas sangat penting untuk menawan hati pengundi kerana dalam masa yang sama. rakyat sudah sedia maklum mengenai hasil kerja UMNO-BN yang tidak perlu dijelaskan lagi.


    Sebaliknya Pas mengekalkan tabiat lamanya menabur firnah, menyelewengkan fakta, mencipta isu dan cerita rekaan. Ini menyebabkan rakyat menjadi bertambah jauh dan menganggap Pas serta Gerombolan Pakatan Pembangkang sebagai Musuh Rakyat yang perlu dihindarkan.


    Akhirnya, Pas mengambil pendekatan baru dengan mengabaikan pengundi-pengundi tetapi memberi tumpuan kepada UMNO-BN sepenuh masa. Mereka menubuhkan unit khas di bawah Regimen Gerombolan Haram yang dinamakan Skuad Kamera.


    JASIN, 28 Feb: Jentera Pakatan Rakyat di Merlimau menubuhkan Skuad Kamera bagi memantau setiap kempen Umno BN yang didakwa berunsur ugutan kepada pengundi.


    Pengarah Pilihan Raya PAS PRK Merlimau, Datuk Abdul Halim Abdul Rahman berkata, skuad ini telah menerima arahan semalam dan akan melaksanakan tugas mereka bermula hari ini.
    Menurutnya, skuad ini akan mengekori ke mana sahaja pemimpin Umno BN berkempen dan mengambil gambar serta merakam pergerakan mereka.

    Pada pandangan Pendita, Skuad ini hanyalah gimmik politik murahan Gerombolan Pakatan Haram sahaja. Mereka hanya ingin menyampaikan mesej kepada orang ramai bahawa UMNO-BN dikatakan merasuah dan mengugut pengundi.


    Pas dan gerombolan Pembangkang tidak mampu lagi untuk berbohong, menipu dan memperdayakan pengundi. Mereka kehilangan modal politik yang berasaskan pembohongan kerana rakyat telah bijak menilai.


    Semakin banyak pembohongan yang mereka sajikan, semakin terhakis hayat politik Gerombolan anti nasional yang menjadi musuh rakyat ini.


    Kegagalan Parti Melayu Pas kali ini memang telah diduga. Perancangan dan strategi kempennya tidak menampakkan kesungguhan. Unit geraksarafnya meneruskan kaedah yang bercanggah dengan amalan demokrasi. Mereka masih mengeluar dan mengedarkan risalah fitnah untuk mendapatkan undi.


    Pas tidak dapat lari dari berhadapan dengan kekalahan sekali lagi. PKR dan DAP akan menumpang sama keruntuhan yang pasti berlaku kepada pakatan mereka.



    Bagaimanapun, DAP tidak risau Pas akan kalah, tetapi Parti China DAP ini amat takut sekiranya umat Islam tidak berpecah-belah.

    BalasPadam
  2. Ini la permainan umno haprak..buat fitnah n tiupkan perkauman pd rakyat sejak sebelum merdeka lagi.begitulah ajaran inggeris pd umno bangsat yg mengamalkan strategi pecah dan perintah.Rakyat2 yg dungu dan xde maklumat boleh le korg bodoh2kan.

    Pas xkan risau psl kekalahan wahai umno bangang.walau kalah tp bermaruah dari menang tp dengan dosa n maksiat yg korg rancang untuk kemenangan itu.

    Para pembaca blog sekalian,jgn la risau,UMNO akan kekal hingga sebelum PRU13 ni saje.

    BalasPadam
  3. ambo sokong...kita tumbangkan be-end PRU13 nanti.

    BalasPadam
  4. BN ni memang kaki kencing rakyat...sedar la rakyat, semua nya orang2 upahan yg mencari rezeki cara bergini...biar kan lah..yg penting bulat kan tekat bersama-sama menjaga negara ini dari anasir tamak haloba BN/UMNO utk mehancur kan negara tercinta ini....HIDUP PAS DAN PR....

    BalasPadam