Sabtu, 12 Mac 2011

Bongkar...Mahathir "Menipu" Dalam Bukunya - Tengku

Kecaman Tengku Razaleigh yang juga ahli parlimen Gua Musang sangat pedas apabila beliau menyentuh buku memoir Mahathir 'A Doctor in the House', yang dilancarkan di Kuala Lumpur awal minggu ini.

"Menipu secara politik datang melalui media dan ada kalanya dengan menulis buku memoir. Satu daripadanya adalah yang terbaru dilancarkan dengan tajuk pseudo (awalan asing palsu), 'A Doctor in the House'. "Saya gunakan 'pseudo' kerana ia adalah tiruan tajuk daripada sebuah filem komedi British yang terkenal pada 1950an berdasarkan novel Richard Gordon.

Mungkin ia disengajakan bagi mencerminkan lawak, selain menipu secara politik, kata Tengku Razaleigh secara sinis. Menurutnya, dakwaan yang dilemparkan oleh Mahathir dalam buku tersebut ke atas dirinya bukan sesuatu perkara baru.

"Sekali lagi, saya dituduh mengheret parti (Umno) ke mahkamah. Saya juga didakwa terbabit dengan politik wang semasa bertanding pada pemilihan parti 1987,”katanya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan