Beliau mengambil pendekatan meraikan hasrtat mana-mana pihak untuk bertemu dan berbincang berkenaan apa-apa isu apatah lagi yang mempunyai kepentingan terhadap umat Islam.
Harussani menyatakan jabatannya sering mengamalkan pintu terbuka terhadap kunjungan mana-mana pihak.
“Oleh yang demikian, saya mengalu-alukan kedatangan beliau dan bersama-sama mencari penyelesaian tgerhadap apa-apa isu yang diketengahkan,” ujarnya di dalam surat kepada Pemuda PAS negeri.
Surat itu sebagai jawapan balas kepada surat daripada Pemuda PAS negeri bertarikh 7 Mac lalu yang berhasrat mengatur pertemuan Harussani dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Salam Bro,Kami harap pertemuan itu akan berjalan dengan lancar cuma yang kami bimbangkan ialah di saat-saat akhir nanti akan ada syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh pihak-pihak tertentu.
BalasPadam