Mayat seorang warga emas yang ditemui hampir rentung di rumahnya di Jalan Ampang Baru 4, Ampang Baru di sini awal hari ini, dipercayai mangsa bunuh berikutan kecederaan di lehernya.
Ketua Polis Perak Datuk Shukri Dahalan berkata, mayat Ho Choong Fah, 84, ditemui pada pukul 1.50 pagi oleh sepasukan bomba yang memadamkan kebakaran di rumah tersebut.
Polis yang dimaklumkan kejadian itu bergegas ke lokasi dan menemui mayat Ho terbaring di atas katil di sebuah bilik di rumah tersebut, katanya kepada pemberita selepas majlis perjumpaan Ketua Polis Perak dengan Persatuan Peniaga Melayu, Cina dan India di sini.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kecederaan akibat tikaman di leher Ho dan penyerang juga dipercayai cuba membakar rumahnya serta
Ho dipercayai tinggal bersendirian ketika kejadian, kata beliau.
Mengulas lanjut, Shukri berkata, Jabatan Bomba dan Penyelamat menerima laporan mengenai kebakaran di rumah itu kira-kira pukul 9 malam dan mayat Ho ditemui selepas kebakaran dipadamkan.
Kes diklasifikasi mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian agar menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh di talian 05-2451500, bagi membantu siasatan.
Sementara itu mengulas isu berlainan, Shukri berkata, Perak mempunyai Rakan Cop teramai dengan 100,543 orang.
Namun katanya, daripada jumlah itu hanya satu peratus yang menyalurkan maklumat berhubung kes jenayah yang rata-rata cuma membabitkan kes lumba haram, main mercun dan kesesakan lalu lintas.
Selain itu katanya, polis juga tidak dapat mengambil tindakan terhadap aduan kerana maklumat yang disalurkan khususnya menerusi khidmat pesanan ringkas tidak lengkap.
Sambil meluahkan penghargaan kepada orang ramai yang menerima baik Rakan Cop, Shukri meminta agar mereka menggiatkan usaha membantu polis menangani jenayah di negeri itu.
hilang sudah sifat kasih sayang........
BalasPadamini laa penyakit KKS....kureng kasih sayang....