Rabu, 30 Mac 2011

Demokrasi Najiss...Anwar Terpaksa Berucap Di Kedai Makan

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan berucap pada satu majlis Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sarawak di sebuah kedai makan di Ban Hock Road di sini malam Selasa walaupun perhimpunan itu tidak mendapat permit daripada polis.

Anwar tiba di kedai makan itu pada pukul 7.30 petang dan kemudiannya dimaklumkan oleh Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Mun Kok Keong bahawa beliau tidak dibenarkan berceramah kerana tiada permit.

Mun bagaimanapun membenarkan Anwar untuk membuat ucapan ringkas dengan syarat ia dilakukan di dalam kedai makan itu dan tidak mengganggu lalu lintas.

Anwar dalam ucapannya selama 30 minit turut memuji tindakan Mun kerana membenarkan beliau memberikan ucapan kepada kira-kira 100 penyokongnya.

Pilihan raya negeri Sarawak kali ke-10 akan diadakan pada 16 April. Hari penamaan calon ditetapkan pada 6 April.

1 ulasan: