Selasa, 1 Mac 2011

Fuhh..Fitnah Adalah Makanan Pembangkang - Shahrizat

Tindakan PAS mempertikaikan pembangunan yang dibawa oleh kerajaan Barisan Nasional (BN) di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kerdau disifatkan sebagai satu bentuk penghinaan terhadap pengundi.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizal Abdul Jalil berkata, PAS telah merendah-rendahkan tahap pemikiran pengundi apabila melabelkan projek pembangunan sebagai rasuah untuk memancing undi.

"PAS ingat rakyat tak ada kebijaksanaan, mereka tidak sedar bahawa rakyat sememangnya mahukan pembangunan, keamanan dan perpaduan.

"Tindakan PAS itu adalah satu penghinaan kepada pengundi kerana mereka rasa seolah-olah penhundi tak boleh berfikir," katanya pada sidang media selepas menghadiri Program Salam Sayang bersama komuniti Cina dan India di Pekan Kerdau di sini, Selasa.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai modal kempen pembangkang di DUN Kerdau terutama dalam siri ceramah mereka bahawa BN cuba memancing undi apabila meluluskan banyak projek di kawasan berkenaan.

Mengulas lanjut Shahrizat berkata, sikap pembangkang yang suka menabur fitnah sewaktu berkempen pada pilihan raya merupakan amalan biasa kerana tersedak untuk mendapatkan sokongan.

"Fitnah adalah makanan utama pembangkang, rakyat pun dah tahu dah.

"Berbeza dengan kerajaan, apa yang kerajaan buat adalah untuk membantu rakyat dan kita tidak memfitnah pembangkang...itu bukan cara kita," katanya.

Tambah beliau, pembangkang sepatutnya tidak merendah-rendahkan pemikiran pengundi kerana beliau percaya rakyat Malaysia walaupun berada di kawasan luar bandar akan memilih sebuah kerajaan yang mampu membela nasib rakyat.

"Walaupun mereka fitnah macam-macam, tapi rakyat tidak akan terpengaruh.

"Rakyat sentiasa fikir mengenai nasib dan masa depan anak-anak mereka, saya percaya mereka akan memberi undi kepada BN," katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan