Selasa, 15 Mac 2011

Fuhh..Akhirnya Pemuda Umno Akur Dengan Tindakan PAS...

Pergerakan Pemuda UMNO akhirnya akur dengan tindakan PAS menentang habis-habisan kezaliman kerajaan mengenakan saman ekor ke atas rakyat negara ini.Pemuda Umno mencadangkan agar sistem saman ekor ini digantikan dengan satu sistem yang lebih adil dan tidak membebankan pengguna jalanraya di negara ini.

Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, terdapat banyak keraguan yang timbul ekoran daripada tindakan mengeluarkan saman tersebut.

“Kita sudah bangkit lama mengenai isu ini dan saya harap kerajaan dapat lihat semula satu sistem yang lebih baik kerana saya lihat banyak keraguan dari segi keadilan.

“Kadangkala memang betul juga orang cakap notis itu bukan saman tapi sebenarnya notis dan mereka tidak dituduh di mahkamah atau dibawa ke mahkamah menyebabkan tidak berpeluang untuk bela diri,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas merasmikan promosi Karnival Kerjaya Pemuda Barisan Nasional di sini semalam.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan