Ahad, 20 Mac 2011

Fuhh...Apa Hal Pulak Nii...??


Berbeza dengan kumpulan sedia ada, Al-Farabi tampil dengan konsep rock Islamik, imej rock tetapi berserban dan bertudung, begitu juga lagu disampaikan berkonsep rock, tetapi lirik ketuhanan.

Bukan berniat mencetuskan kontroversi, sebaliknya Al-Farabi memilih konsep rock Islamik sebagai identiti kumpulan berkenaan kerana mengikut jejak idola mereka seorang ahli falsafah dan ilmuwan Islam, Imam Abu Nasr Muhammad Al Farabi.

Al-Farabi berkata, Imam Abu Nasr bukan sekadar ahli falsafah dan ilmuwan Islam, tetapi seorang pemuzik hebat, pencipta alat muzik gambus dan menghasilkan kitab ilmu muzik Islam berjudul ‘Al-Musiqa’.

Al-Farabi ditubuhkan sejak dua tahun lalu itu dianggotai empat lelaki dan seorang wanita, bergerak secara indie.

Kebenaran dan perjuangan Islam menjadi mesej utama menerusi lagu disampaikan dalam rentak ‘new age progresif rock’.

Al-Farabi berharap kehadiran mereka akan memberi semangat dan tenaga kepada peminat muzik tanah air.

Sebelum ini, Al-Farabi pernah mengeluarkan EP pertama pada 2009 berjudul ‘1st’ yang memuatkan lima lagu.

Kemudian, diikuti kejayaan menerbitkan prototaip album pertama ‘The Album’ pada tahun lalu. Sebanyak 14 lagu dimuatkan dalam album berkenaan.

Album mereka dipasarkan menerusi laman sesawang alfarabiband.makymall.com.

Walaupun bergerak secara indie, Al-Farabi memiliki studio sendiri, The Al Farabi Musiqa Studio yang terletak di Shah Alam dan studio itu turut dibuka kepada umum.


Juragan : Lu Sendiri Mau Ingat la beb....

1 ulasan:

  1. caya lah geng..wa pun lama dh x head bagging ni..jgn smpai tercabut serban dh..heheh..per2 pun semoga berjaya mentarbiah anak2 mudo kite noo..dari 'otai insaf'!!

    BalasPadam