Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengutip RM476.6 juta bayaran saman daripada pesalah trafik sepanjang tempoh lapan bulan sehingga Februari lalu.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, menerusi jumlah itu sebanyak RM421.2 juta diku:tip di kaunter PDRM, manakala RM55.4 juta diperolehi melalui laman web seperti www.myeg.com.my (MyEG) dan www.rilek.com.my (RILEK).
“Jumlah bayaran saman dikutip di kaunter PDRM pada Julai 2010 adalah RM64.1 juta, RM40.6 juta (Ogos), RM22.9 juta (September), RM29.3 juta (Oktober), RM29 juta (November), RM127 juta (Disember), RM44.7 juta (Januari 2011) dan RM63.6 juta pada Februari lalu.
“Bagi jumlah kutipan saman melalui MyEG dan RILEK sebanyak RM4.5 juta pada Julai 2010, RM2.8 juta (Ogos), RM1.8 juta (September), RM2.3 juta (masing-masing pada Oktober dan November), RM2.3 juta (Disember), RM7.3 juta pada Januari 2011 dan pada Februari lalu sebanyak RM8.3 juta,” katanya dalam jawapan bertulis kepada soalan Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) di Dewan Rakyat.
Po Kuan ingin tahu kutipan saman Julai 2010 sehingga Februari 2011 mengikut jumlah dibayar di kaunter PDRM dan laman web serta jumlah kementerian perlu bayar kepada pihak lain dan dikutip (RM2 setiap transaksi) oleh MyEG.
Hishammuddin berkata, kerajaan membayar caj komisen 1.8 peratus daripada jumlah kutipan keseluruhan bulanan dipungut melalui MyEG dengan transaksi menggunakan kad kredit dan RM0.50 untuk setiap transaksi yang berjaya melalui kad debit.
“Selain itu, RM2 dikenakan kepada pembayar untuk setiap transaksi yang berjaya untuk dibayar kepada MyEG,” katanya. - Bernam
salam.
BalasPadammemang itu yang dikehendaki oleh pemerentah agar kantungnya sentiasa penuh dek di isi oleh rakyat jelata oleh dalangnya jpj dan pdrm dari pelbagai jenis saman bukannya penguatkuasaan pendidikan.
tahniah semuga pemerentah melalui jpj dan pdrm
mengeluarkan lebih banyak saman di masa akan datang agar akaunnya tidak akan kosong lagi.