Isnin, 14 Mac 2011

Fuhh...Si Jahil"Bercakap" Tentang Tsunami..

Isteri Perdana Menteri Rosmah Mansor hari ini membuat kejutan apabila membayangkan tragedi tsunami dan gempa bumi di Jepun adalah akibat kelalaian negara itu melaksanakan pembangunan mesra alam.

Ketika pemimpin kerajaan lain termasuk suaminya menyampaikan takziah kepada Tokyo, stesen televisyen AWANI memetik Rosmah sebagai berkata malapetaka itu memberi pengajaran penting kepada Jepun dan negara-negara lain.

Beliau mengaitkan gempa bumi dan tsunami yang melanda timur laut Jepun kepada pembangunan pesat dan perubahan iklim dunia.

"Ini pada diri saya adalah satu pengajaran kepada negara-negara lain untuk apa-apa pun mereka buat atau sebarang pembangunan yang mereka nak lakukan seharusnya berkait dengan perubahan iklim dan teknologi hijau, " kata Rosmah.

"Ini termasuk juga negara kita,'' tambah beliau.
.
Rosmah menyampaikan rasa simpati kepada kerajaan dan rakyat Jepun terhadap bencana berkenaan.

Angka rasmi kematian gempa bumi dan tsunami yang melanda negara itu kelmarin adalah 689 orang namun jumlah mangsa dijangka meningkat dengan mendadak kerana ribuan rakyat negara itu masih dilaporkan hilang.


2 ulasan:

  1. BOOOOOOOOOOOOOOO.........WUUUUEEEEEEKKKKKKK...

    BalasPadam
  2. Hehehe..

    Dah Menteri pun BENGONG DAN MANGKUK TINGKAT,
    Inikan pula Bini Kepada Pak Menteri Makin BERTINGKAT LA BODOHNYA. Ada ke GemPA Bumi nie akibat pembangunan? DAH LA HUDUH BUDUH PLAK TU.

    -wakleman

    BalasPadam