Baru Bian melihat tugas yang diberi kepada penasihat khas di Jabatan Perdana Menteri dan Ketua Informasi PBB, Tan Sri Adenan Satem, adalah sesuatu yang tidak wajar kerana Taib sahaja yang dapat merungkai segala persoalan yang membelenggu pemilik tanah hak adat Orang Asal (NCR) berhubung isu tanah.
"Dia (Taib Mahmud) adalah menteri yang bertanggungjawab ke atas tanah, dia tidak harus memberi tanggungjawab itu kepada Adenan Satem, kerana beliau bukan menteri," katanya.
Bukan kita tidak mahu berdebat dengan Adenan tapi yang harus berdebat adalah Ketua Menteri, bukan Adenan, kalau mahu berdebat dengan Adenan saya akan mengarahkan orang lain untuk berdebat dengan Adenan," katanya.
Tambah Baru Bian lagi, tiada orang lain yang lebih sesuai dan layak untuk menjawab segala tanda-tanya ini melainkan Taib sahaja, sepatutnya Taib harus mempertahankan kenyataan dari berita Sarawak sebelum ini bahawa tiada rampasan tanah pernah berlaku di negeri itu.
"Ketua Menteri sendiri yang harus berdebat kerana dia pun pasti dan mesti tahu tentang masalah NCR dan ada benar atau tidak ini mereka mengatakan sejak dari dulu lagi (dalam kenyataan berita Sarawak) bahawa tidak merampas tanah adat orang asal atau pun orang Sarawak," katanya.
Beliau tidak menolak kemungkinan Taib melantik Adenan bagi memantau isu tersebut, adalah disebabkan Taib khuatir dengan segala bukti yang bakal dikemukan nanti.
"Pasti dia (Taib Mahmud) tidak tahu mengenai perkara ini dan langsung tidak mampu melakukannya kerana kemungkinan beliau takut akan kebenaran serta bukti-bukti yang akan kita kemukakan, kerana kita ada banyak bukti," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan