Jumaat, 25 Mac 2011

Panass...Siti Di Malukan..??

“Perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku. Kami tidak memandang perkara ini sebagai serius, sebaliknya apa yang berlaku itu disebabkan mentaliti individu yang bercakap,” kata Rozie Razak mewakili pihak pengurusan Datuk Siti Nurhaliza, berhubung insiden memalukan ketika program siaran langsung Adik Adikku di RTM, Selasa lalu.

Persembahan Siti pada malam itu dicemari suara sumbang seorang wanita di belakang pentas yang mengkritik imej tudungnya. Walaupun riak wajahnya sedikit berubah, Siti tetap meneruskan persembahan seperti biasa.

Bagaimanapun, insiden itu menimbulkan rasa tidak puas hati peminat Siti sehingga menjadi bualan hangat di Internet dan laman sosial.

Bagi mereka, perkara itu agak keterlaluan dan menjejaskan imej Siti sebagai penyanyi tersohor negara. Apatah lagi program itu adalah anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan kerjasama RTM.

Pun begitu, Rozie berkata, insiden terbabit hanya kontroversi kecil dan tidak perlu diperbesarkan.

“Menilai orang lain tanpa melihat itu kami anggap sedikit keterlaluan. Tetapi, kami tidak ambil hati kerana Siti sendiri pernah melalui detik paling hebat di dalam hidupnya.

“Jika dikatakan mencalar imej, ia terpulang kepada individu. Sebagai orang yang paling rapat dengan Siti, saya tahu Siti sangat profesional dan ini tidak memberi kesan terhadap dirinya,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian, semalam.

Menurutnya, isu tudung seperti itu sudah biasa berlaku ke atas Siti.

“Kami dimaklumkan oleh pihak RTM mengenai acara ini. Siti sendiri memilih untuk memakai tudung lengkap pada malam itu.

“Jadi tidak wajar perkara ini berlaku. Seperti saya katakan, perkara ini tidak perlu diperbesarkan.

“Pada malam itu, bukan hanya kakitangan RTM berada di belakang pentas, tetapi ramai termasuk peminat. Tidak tahu siapa yang bercakap.

“Biarlah dia menjawab dengan Allah SWT. Harap ia berakhir di sini sahaja,” katanya.

Juragan : Mungkin suara tu menegur Siti agar jangan jadi "Hipokrit" kira ok laa..
kalau dia kata jangan jadi "Munafik" lagi panasss beb..sebab
itu pakai tudung kerana mengikut hukum syarak..bkn ikut nafsu..


1 ulasan:

  1. As Salam!Gua nie tak berani komen lebe2 sebab gua bukan paka lam bidang tu, pakai tudung ni kalu dalam nie ISLAM,IBADAT dapat PAHALA dan bukan ADAT dapat la???????.Betoi ka idak tak tau la kena tanya Tuk2 Guru,Alim Ulama n ustaz2.Lagi baguih g la tanya ulama 40 tu.Nak pakai biaq la sampai keLiang Lahat.Wassalam!

    BalasPadam