Rabu, 16 Mac 2011

Perghh...Badan Macam Ini Pun Boleh Melacur..

MIAMI, Amerika Syarikat (AS) - Bekas juara bina badan Kanada kategori wanita, Rhonda Lee Quaresma (gambar) ditahan polis berhubung dakwaan dia melacurkan dirinya, lapor sebuah akhbar semalam.

Quaresma, 42, ditahan selepas polis negeri Florida melancarkan siasatan mengenai sejumlah pelacur yang menggunakan Internet bagi mengiklankan perkhidmatan mereka.

Wanita itu dicekup selepas dia didakwa menawarkan habuan seks kepada seorang anggota polis berpakaian awam sebagai tukaran untuk 'derma' sebanyak AS$275 sejam (RM850) .

Dalam laman web bina badan miliknya, wanita itu menggambarkan dirinya sebagai 'sasa, meminati muzik dan lemah lembut', selain mampu mengangkat berat hampir 150 kilogram.

Dia didakwa kerana melacur sebelum dibebaskan dengan ikat jamin.

Pemerdagangan manusia termasuk aktiviti pelacuran diharamkan di negeri Florida.



2 ulasan:

  1. depa haram pelacuran saja.......
    tapi hari-hari depa 'telanjang' tak haram pun

    kah kah kah.......

    BalasPadam
  2. tahniah polis florida..berusaha membasmi pelacoran...kt lorong hj taib...masih ada ...heran tak terhapus lagi..tak ada usaha ke...raja nong cik tidur aje ke?

    BalasPadam