Ketiadaan alatan memandikan jenazah di Kampung Sungai Jurong di sini, menimbulkan kesukaran kepada penduduk jika berlaku kematian di kawasan itu dan berhampiran.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi berkata, keadaan itu menyebabkan penduduk perlu meminjamkan tempat memandikan jenazah daripada masjid berhampiran.
Menurutnya, kesukaran akan timbul jika berlaku kematian serentak dan alat memandikan jenazah itu pula perlu dikongsi serta melibatkan kelewatan dari segi masa.
“Sebelum ini kawasan di bawah kelolaan Kampung Sungai Jurong tidak mempunyai alat tempat untuk memandikan jenazah. Pelbagai kesukaran akan timbul jika perkara ini dibiarkan dan kita mengambil inisiatif untuk menyelesaikannya,” katanya pada majlis penyerahan tempat memandikan jenazah dan perasmian penanaman pokok nangka madu.
Jamaluddin berkata, tempat memandikan jenazah itu akan diuruskan sepenuhnya oleh pengurusan Masjid Sungai Jurong.
Katanya, peruntukkan sebanyak RM1,600 disalurkan bagi menyediakan kelengkapan itu dan dapat memenuhi keperluan penduduk.
“Kita mengharapkan pihak pengurusan masjid ini dapat menggunakan kemudahan yang diberikan ini dengan sebaik mungkin. Diharapkan juga segala permasalahan berkaitan dengan tempat memandikan jenazah ini dapat diselesaikan,” katanya.
baru sumbang tempat memandikan jenazah...heboh sekampung....!leceh betul pemimpin org islam ni...!
BalasPadamitu saje yang di mampu..dan tempat mandi jenazah itulah gambaran yang yeop Jamal ni akan tumpo dan dimandikan dalam PRU akan datang..!!
BalasPadamKenape tak kita mintak YB tu jangan setakat sumbangkan tempat mandi jenazah je...!
BalasPadamYB taknak beri sumbangan besar buat pnduduk Behrang ke dengan pengorbanan YB sendiri... lihat kat Tenang, Merlimau dan Kerdau! Betapa besarnya pengorbanan YB mereka dmi pembangunan dan kesejahteraan rakyat...
Nak tunggu dari KERAjaan UMNgOk Be-eNd... 53 tahun lah menunggu. Dengan menyumbangkan diri YB dan adenya PRK maka besarlah manafaatnya yg rakyat Behrang terima...