Mengulas penayangan video seks itu di sebuah hotel semalam, menteri yang bertanggungjawab dalam bidang undang-undang itu berkata bukanlah sesuatu yang salah ( kira bloleh la pulak..)untuk pihak di belakang semua itu menunjukkan video kepada wartawan dan penyunting.
"Kamu beritahu saya apa yang salah. Semua kata ia bertentangan dengan undang-undang, tetapi beritahu saya, undang-undang mana? Sesiapa yang maklum patut datang ke depan untuk maklumkan kepada kita," katanya.
aku pun cari le berita yang berkait dengan kesalahan menyimpan video lucah...ini berita yang aku jumpa.... KUALA TERENGGANU – Gara-gara menyimpan klip video lucah menerusi telefon bimbit, seorang penganggur ditahan dalam Operasi Bersepadu Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Bersama Bahagian Kawalan Penapisan Filem dan Penguatkuasaan, Kementerian Dalam Negeri (KDN) cawangan Terengganu, malam tadi.
Sepanjang operasi yang diadakan di Jalan Sultan Mahmud, di sini, JPJ turut mengeluarkan sebanyak 106 saman ke atas pemandu kenderaan melibatkan pelbagai jenis kesalahan.
Timbalan Ketua Cawangan Bahagian Penapisan Filem dan Penguatkuasaan KDN Cawangan Terengganu, Zaki Mohamed berkata, penunggang motosikal berusia awal 20-an dari Kuala Terengganu itu ditahan untuk siasatan lanjut dan boleh didakwa di mahkamah di bawah Seksyen 5 Akta Penapisan Filem 2002.
“Jika sabit kesalahan remaja lelaki ini boleh dikenakan denda tidak kurang RM10,000 dan tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya ketika ditemui pemberita pada operasi berkenaan yang turut membabitkan kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Terengganu.
Dan laporan kes mahkamah ni...
LATARBELAKANG KES:
2. Tertuduh dihadapkan dengan pertuduhan seperti berikut:
“Bahawa kamu pada 13/07/09 jam lebih kurang 6.00 petang di alamat 7-3-5 Jalan 2/38B, Taman SPPK Segambut, dalam Negeri Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, telah didapati memiliki sebanyak 106 klip video lucah yang disimpan di dalam Hard Disc jenis Hitachi Deskstar S/N R325559XK yang di bawah milikan kamu. Oleh yang demikian kamu telah melakukan suatu kesalahan di bawah seksyen 5(1)(a) Akta Penapisan Filem 2002 dan boleh dihukum di bawah seksyen 5(2) akta yang sama”. sini
Apa maksud jawapan Nazri aziz ni... apakah begini cara undang undang itu dipermainkan? Apakah begini nilai undang undang di Malaysia? Seolah olah tayangan itu ada pelindung nya??? atau apakah kerana ia ditayangkan di tempat eksklusif, maka ia adalah halal... atau mungkin kerana ianya sememangnya halal jika dilakukan oleh orang berduit dan berkedudukan??? sewajarnya persoalan ini di fikirkan terlebih dahulu.
Apa yang berlaku adalah satu isyarat jelas dalam sistem negara bahawa politik mengatasi undang undang.... Nazri aziz wajar memberi penjelasan terhadap kenyataannya bahawa ia bukan satu kesalahan kerana tidak bermaksud keuntungan...maknanya selepas ini tayangan amal lucah boleh diadakan.... ada sesiapa nak jadi penaja???? - blog AnakSengat
ini bukan double standard tapi triple standard.!!
BalasPadamNazri tu adalah Menteri paling bodoh dalam dunia.... itu sebab dia kata yang berkaitan dengan tayangan filem /video lucah tak salah..
BalasPadamNasiblah Najib au dapat Menteri semacam Nazri
Nazri Aziz kata ia tak salah!
BalasPadamNazrey Azez ini boleh sembang pandai bila Mat Monggol dan UMNO masih ditunggak kuasa. Jika jatuh sahaja UMNO nanti, maka dia inilah seperti seekor anjing poyo yang akan lari dengan menyimpan ekor di celah kangkang. Kerana dialah menteri yang paling cacamarba setakat ini berbanding Noh dan JJ. Nak lawan Mamak Kutty konon, bila kena warning, angkat tangan baca ikrar taat setia, itu sahaja yang orang kampung (Perak) dapat dari sipencecut ini. UMNO memang boleh berkuasa sampai kiamatpun jika Melayu mampu dibodohkan dan kini dah terbukti Melayu memang serasi dengan gelaran tersebut.
BalasPadamWakil Padang Rengas, mana ada temadun pun, lihat saja pekan padang Rengas ketinggalan zaman, tak berubah ubah dulu kini macam tu jugak. Yang dibanggakan khemah cop PARLIMEN PADANG RENGAS itu pun dah koyak koyak.
BalasPadamini namanya undang-undang haram jadah..
BalasPadambengong undang2 camne leh jd pak mentri ni..haish...musykil2..
BalasPadamsama je kalu korang yg jdi pemerintah nnti,kt sni takde rkyat yg salah..cma bila dh dduk kat krusi panas tu tkde sesapa yg bleh lari dri isu2 yg dijdikan propaganda,yg pkai lebai dn tunggang tunggik siap brzikir tnpa henti pun bley maki2 org tk tentu pasal..manusia mmng mcm tu...kt bwah ingat le tpi bila kat atas mula le lupa diri dan jdikan agama sbgai topeng..udah2 le tuu...
BalasPadam