Pengerusi Hal Ehwal Islam, Adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, berkata jumlah itu ialah kelahiran didaftarkan dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan yakin masih banyak anak luar nikah yang tidak didaftarkan dengan jabatan berkenaan.
“Masalah ini adalah amat besar yang direkodkan di Selangor. Kita melihat keadaan ini berpunca daripada kurangnya pendidikan agama, pergaulan bebas, faktor berpakaian, pengaruh televisyen dan macam-macam lagi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Dr Abd Rani Osman (PAS-Meru) yang ingin tahu bilangan anak luar nikah di Selangor, punca meningkat bayi hasil hubungan luar nikah dan langkah kerajaan negeri untuk mengatasinya pada Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor di sini, semalam.
Hasan menyifatkan perkembangan itu sebagai menggusarkan dan mengajak semua pihak bekerjasama membendung gejala itu daripada terus berleluasa.
Beliau berkata, kekurangan anggota penguat kuasa menyebabkan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sukar bertindak terhadap kegiatan maksiat dan pelbagai gejala sosial lain di negeri ini.
“Ketika ini nisbah pecahan anggota penguat kuasa JAIS dan penduduk kini berjumlah 1:25,000.
“Oleh itu, kita meminta kerajaan negeri menambah bilangan anggota penguat kuasa JAIS bagi membolehkan pemantauan dan langkah pembanteras aktiviti tidak bermoral di kalangan masyarakat Islam di Selangor dapat dilakukan lebih kerap.
“Dengan adanya penambahan anggota penguat kuasa, pemantauan di hotel bajet, pusat hiburan, premis urut dan judi dapat dilaksanakan sebagai sebahagian daripada usaha untuk membanteras gejala itu,” katanya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan