Khamis, 7 April 2011

Kah..kah..kah..Baru Lu Tahu Pemimpim Umno Tak Berakhlak..

Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria berkata Malaysia kini seolah-olah sudah menjadi negara yang “tidak berakhlak dan tidak bermoral” apabila ada pihak (penguasa dan media) yang sanggup membenarkan rakaman dan gambar pelakuan aksi seks didedahkan kepada umum menerusi media.

Tegas Harussani, tindakan pihak tertentu termasuk media arus perdana menyiarkan gambar aksi seks yang dikaitkan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah sesuatu yang bertentangan dengan Islam.

Selain itu, tambah beliau, tindakan mengaibkan seseorang melalui pendedahan rakaman video seks adalah haram di sisi Islam.

“Buka rahsia dan aib orang adalah haram, kalau nak tuntut keadilan tuntut di mahkamah... bukan dengan dedahkannya kepada umum.

“Negara sekarang dah jadi negara yang tak berakhlak... dah jadi tidak bermoral, kenapa jadi macam ini? Kalau nak bawa ke mahkamah, tapi sekarang pun kita belum dapat pastikan lagi siapa dalam video itu,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Justeru beliau menggesa agar semua pihak berhenti daripada membangkitkan isu itu.

“Hentikan, hentikan... buat apa nak cakap benda aib orang lain ini. Buktikan di mahkamah kalau nak cakap, biar mahkamah tentukan.

“Tapi ia belum pasti boleh buktikan kerana orang yang buat pertuduhan kena bawa empat orang saksi kalau tidak dia boleh dikenakan hukuman qazaf iaitu sebat 80 kali, benda ini tidak jelas... saya dah tengok akhbar hari ini, gambar lelaki dalam video itu tidak jelas dan tiada siapa yang boleh buktikan ia adalah Anwar,” katanya.

7 ulasan:

  1. main can mak lican lagi baik laa....

    kah kah kah

    BalasPadam
  2. surat khabar mana tu? yang buat liputan mengaibkan orang dan disokong oleh pencacai yg menaruh perasaan dengki terhadap rakan sesama ISLAM

    BalasPadam
  3. Salam Yob, sekali-sekala dia bersuara dgn agak bertanggungjawab. Mufti lain cam ner?

    BalasPadam
  4. menteri agama apa yg dibuatnya..suruh tanya mufti plak jawapannya..hmmmmm nanti boss marah kalu buat statement bercanggah dgn boss..nti fulus x masyukkkkk.

    BalasPadam
  5. Media mana yang dedahkan ...... cubalah fikir semula.... milik siapa media itu ..

    BalasPadam
  6. Kepada Tan Sri Harussani Zakaria,

    Buka Minda! buka mata hati! Beralihlah kepada perjuangan PAS bagi melaksanakan hukum hudud yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t seperti mana yang termaktub dalam al-Quran dan as-Sunnah. Sebagai seorang yang mengaku beriman kepada Allah s.w.t hukum hudud wajib dilaksanakan sebagaimana perintah Allah s.w.t kepada hamba-hambanya kerana Allah s.w.t maha mengetahui segala sesuatu.
    Lihatlah bagaimana pengorbanan dan pahit getir perjuangan Nabi Muhammad bagi menegakkan ISLAM. Tetapi kita???. Berjuanglah untuk agama dengan ikhlas kerana Allah s.w.t dan bukan kerana jawatan, pangkat, wang ringgit, kedudukan, kemewahan dan sebagainya. Semua itu hanyalah pinjaman semata-mata dan melalaikan kita sahaja. Ubahlah, sementara ada sisa-sisa hidup ini sebelum kita dijemput mengadap Ilahi buat selama-lamanya.
    Wallahu'alam.

    BalasPadam
  7. wei...aku jemu tgk perkataan pencacai...pencacai....sudahlah tu....UMNO DAN PAS tlgla berdamai...demi negara kesayangan ni...sudahlah tu...HINDARKAN PERPECAHAN YG BUATKAN BUKAN ISLAM BERTEPUK TANGAN....TAKKAN SEBAB DSAI KITA NAK BERPECAH BELAH......YA ALLAHHHH....

    BalasPadam